Tuesday, July 28, 2026

Happy 3rd Bornday Anak!!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alkisahnya bukanlah nak cerita pasal birthday anak, tapi nak bagitahu dah berapa lama tak buat kek seperti ini...Memang rasa kerastangan wehhh, tambah-tambah pulak dengan jari-jari tambahan nak cuit sana sini. Buat kek biasa saja, span vanilla dengan filling blueberry. Yang masalahnya tak reti nak buat whipcream sampai jadi agak cair. Kalau dekat CH dulu syok je sebab sejuk.



Oleh sebab minat sangat dengan Go Go Dino, gigihlah ibunya print gambar dan laminate. Kendian cucukkan aje atas kek. Alhamdulillah diberi peluang merasai momen-momen ini.
Paling tak boleh lupa saat-saat tengok muka anak bila bunga api tu dinyalakan..comel sangat! Betullah orang kata, kadang-kadang bila buat sesuatu majlis atau bercuti ke mana-mana, bukan menjadi kenangan kepada dia, sebab dia pun kecik lagi, kalau ingat pun sekejap saja. Memori tu sebenarnya untuk kita orang dewasa, sebab kita akan ingat selamanya!


Simpan di sini sebagai kenang-kenangan. Kot suatu hari nanti nak baca semula, sambil mengukir senyuman. Semoga hidupmu sentiasa dirahmati Allah sayang ibu...

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]