Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Barangkali hanya saya saja yang tertinggal keretapi, baru saja menjejakkan kaki ke lata ini. Keindahannya tersohor serata negara, dan saya asyik tertangguh hendak ke sana. Bukan apa, asyik tak kena dengan masa. Ini pun kebetulan saya ke D'Pergau Inn, lepas check out tu singgahlah ke sini. Jalannya tak berapa susah, boleh guna Waze atau ikut aje papan tanda yang di pasang. Tak lah susah mana, cuma dari jalan besar tu kena masuk ke kawasan kampung.
Saya tak tahulah ya sebenarnya air tu punca dari mana. Memang sejenis anak sungai, cuma aliran air yang keluar macam dalam gambar tu dari Empangan Pergau, menyebabkan arusnya lebih kuat dan nampak lebih mempersonakan. Ehhh...tak pandai lah nak cerita, kalau datang tengok sendiri baru faham. Masa datang ni bulan November, jadi arus sungai agak deras, tambahan pula masa ni air empangan dilepaskan sedikit bagi aktiviti berakit.Mereka bermula di sini dan berakhir di Gunung Reng.
Walaupun nampak macam deras je air ni, tapi masih ada budak-budak selamba je berenang, main air barangkali deme dah biasa. Kita pulak yang risau memandangnya. Saya sekeluarga memang sekadar datang je lapor diri, nanti bolehlah mark yang kita ni dah sampai. Gittewww...
Untuk panorama yang lebih menarik, ada je laluan mendaki tapi tak menyempatlah saya, hanya tengok-tengok aje itu pun dah ambik masa lama. Nak masuk ni ada bayaran parking, tapi tak ingat la pulak berapa RM. Ada juga gerai yang menjual makanan ringan. Ada juga tapak perkhemahan kalau nak merasa tidur berbumbungkan awan.
So, Lata Kashmir checked!
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
.jpeg)


No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]