Friday, June 26, 2015

DIY : From Legging To Inner

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ada legging yang tak boleh pakai? Jom kita buat inner ada gak pekdahnya. Sayatak tahu apa nama inner ni, tapi yang kita masukkan tangan dan ada sokongan di bahagian belakang. Bukan inner baju macam biasa tu... Jom tengok gambar biar faham sikit ya....


1. Bentangkan legging yang sudah tidak mahu digunakan.





2. Lipat 2 bahagian, bucu bertemu bucu


3. Gunting mengikut gambar yang disediakan. Tapi kena ingat ukuran ni mungkin berbeza mengikut ukuran badan masing-masing. Ini berdasarkan badan gemuk saya...


4. Pin kedua2 bahagian untuk memulakan proses jahitan. Saya tak jahit tepi ya sebab ini kain tshirt cotton yang kurang berbulu. Kalau kata kain berbulu tu kena la jahit tepi la..



5. Bahagian yang sudah siap dan belum siap dicantum. Maksudnya kedudukan bahagian yang telah dijahit ini adalah pada tulang belakang.


6. Ini pula bahagian keliling (10 inci) yang kena (telah) dijahit.


7. Inner yang telah siap dijahit. Bahagian panjang tangan (panjang seluar) tu bergantung kepada panjang tangan sendiri. Yang saya ni terpanjang pulak dari ukuran sebab saya tak potong.


8. Yang sudah siap dipakai... Nampak kain lebih sebab tak potong...



Macam mana... ada idea ke nak buat ni. Semoga dapat membantu


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. sangat kreatif cikgu nih..
    ada jual yg ready made kan, tapi fit sgt..mcam sarung nangka,tak selesa nk pakai.

    ReplyDelete
  2. oooooooo bgs jgk nih kak... gud idea kak... tak pyh beli kan...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]