Thursday, September 25, 2014

Mee Bandung Perencah JJ Mak Pon Muar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini memasak edisi malas. Bila perut lapar, bahan tak ada, acaner nak buat? Godek2 peti sejuk terjumpa perencah segera mee bandung. Baca arahan kat peket, aiiii mudah bonar cara membuatnya. Apa lagi, godeklah sekadar seorang makan.

 
Sebelum guna perencah segera JJ Mak Pon Muar ni, saya ada jugak guna beberapa perencah lain (dari Muar) 


tetapi yang ini paling sedap. Agak pedas sikit pada saya tapi masih boleh lagi nak hirup kuahnya. Cara nak buat memang mudah, hanya campurkan perencah dengan air dan masukkan bahan2 lain. Kebetulan saya ada ayam (walaupun bahagian2 tulang aje...), bila dah agak2 masak ayam tu barulah dimasukkan telur.


Dengan menggunakan perencah ni, terasa udang kering yang digunakan, begitu juga dengan kacang. Senang citer memang rasa sedap seperti yang dibuat sendiri. Tengok sajalah dalam gambar, sangat menyelerakan!


Inilah rupa paras perencah mee bandung JJ Mak Pon Muar tu. Nampak tu dah tulis sesiap kat peket, TAK PERLU DITUMIS. Lagi senang kerja kan... Selain mee bandung, ada juga perencah mee rebus dan soto (sedap, buat masa raya 6 baru ni). Saya dah pesan kat kawan yang dok Johor tapi tak ada rezeki nak dapat lagi perencah ni. Nak jugak rasanya perencah segera yang lelain tu..

Saya ni bukan apa, kalau ada perencah segera ni nak masak senang sikit, maklumlah makan sorang aje kan, agak leceh la sikit kalau nak buat sendiri... Ada orang Johor sudi nak bagi saya perencah ni? He he he...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

8 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]