Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Kisah ni berlaku masa nak raya aritu. Bila ingat2 balik memang senyum sensorang. Apa ke hei nya?
Gini, sebelum nak raya tu saya gi shopping di TESCO, beli barang2 nak buat biskut dan persediaan raya. Dalam kepala dok rancang dah nak buat nasi arad masa aidilfitri tu, jadi dah list sesiap untuk beli beras basmathi. Kalau nak makan hari2 ni saya guna beras Siam aje, cap serindit ke... cap pisang ke... kalau tak sempat beli di kampung, terpaksa guna beras cap rambutan la...
Berbalik pada cite nak beli beras tadi, saya memang pengguna beras basmathi Mongul Faiza kalau nak buat nasi tumis. Nasi special berasnya pun kena la special.
Dalam dok melilau cari beras Moghul tu, tetiba lak saya nampak harga yang agak murah untuk beras Faiza, iaitu dalam RM7 ++ berbanding biasa kalau saya beli dalam RM10 ++, apa lagi, cecepat la saya ambil peket beras tu, 1 kg aje pun.... Oklah bila dah dapat beras tu terus ke sambung shopping benda lain pulak.
Bila balik rumah, keluarkan barang2 yang dibawa balik, saya ambil la peket beras ni konon nak tunjuk pada Mek yang projek nasi Arab ni untuk raya... tetiba kejuk beruk ore Klate kata... tengok dekat paket tu, rupa2nya.... tau beras apa yang saya ambil tu...
Beras Taj Mahal weh, yakni beras untuk orang yang ada diabetes.
Adoiiiii... Rasa nak marah tak? Tetiba rasa geram pada diri sendiri sebab too careless! Beras ni memang tak sesuai nak buat nasi tumis kerana bijinya agak pendek2.
Untuk tidak mengecewakan diri sendiri, projek nasi arab tu menjadik jugak tapi hanya guna beras siam sajalah. Jadilah pada tak ada, walaupun hasilnya tak secantik guna beras basmathi, tapi Alhamdulillah licinn... Korang nanti kalau membeli membelah jangan jadik cam saya pulak taw....
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
ok gak le...leh mkn....hihi
ReplyDeletetp ye la kan...mmg rasa frust je..sbb lain yg nak...lain yg beli
cop cop nasik tumis tu nasik gapo ? hahaha aku org klate pun tok tau ...
ReplyDeleteHeheee..takpe2... Lg elok dpt beras taj mahal ni...
ReplyDeleteAs salam, menjual beras siam cap mangga. Packanging 5kg. RM17 shj. Lokasi Selayang. 01115672100
ReplyDeleteBoleh wasaap sy tak 0105201201.ada lagi ker stock beras ni?
Delete