Tuesday, September 30, 2014

Beli Pin Tudung Di FB Gerobok Pin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya rasa bukan saya saja yang minat dan suka dengan benda alah pin tudung ni. Sesuai sangat bila pakai dengan shawl @ halfmoon @ butterfly, malah kalau pakai tudung biasa pun tak salah untuk digayakan. Sebelum beli online ni, saya ada la jugak beli kat Pasir Putih, sepasang RM5, ada yang RM 3, tapi kualiti kita boleh tahu la camana. Cuma bila pakai tu kena la beringat, kalau ganas2 kang tercabut batu tercabut permata pulak.

Alkisahnya Gerobok Pin ni saya tahu masa baca sokoba balik kampung aritu. Bila dah tunjuk tu mestilah nak riki2 khan.... kata jiwa penuh seni, memang berayaq mulut la nengok bebenda halus ni.

 
Pattern bunga daisy tu pun cantik...



 
Sangat2 berkenan dengan koleksi bunga ros ni, tapi tak ada pulak geng yang nak share...

Antara koleksi yang ada di Gerobok Pin. Selain pin tudung, ada jugak brooch yang sangatlah ohsem. Sayangnya saya tak berapa gemar brooch ni sebab saya lagi suka brooch yang kecik2 tu. Cuma bila dok tengok dah beberapa kali ni macam berkenan pulak dengan brooch pepatung dan rama2 tu. Aiiiiiishh..


Ini adalah pin yang saya beli, semuanya sepasang, bukan untuk saya sorang tapi share dengan kengawan, beli sepasang, dapat diskaun sikit pastu bagilah sorang satu. Tapi kan...serius cakap tau, rasa nak grab je semua koleksi yang ada. Semua cantik2 belaka.... #sobsobsob...

Harga pin kat GB ni agak berpatutan jugak, kiranya masih mampu milik sebab saya nampak kualitinya sangat bagus. Perinciannya sangat kemas dan paparan dekat FB tu cukup untuk membuat kita berkenan dan mahu memilikinya.


Inilah artikel yang menemukan saya dengan Gerobok Pin. Lihatlah ownernya Zetty, lawa kan? Pin yang kat tepi2 tu... kan tak berkenan kengkawan. Apa lagi, kalau rasa tak ada kerja tu moh la riki FB Gerobok Pin. Kalau cantik, jom la cantik sama-sama....

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. alah comel-comel...kalau berkualiti okla xde sayang sgt nak kluar duit kan, biasa yg beli kat kedai2 ni mudah cabut pin,,karat..lg tensen bila selalu sgt hilang..hahahaa

    ReplyDelete
  2. mmg cantik2 belaka...comei2 belaka... mcm nk try jgk lah cari sebijik dua

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]