Thursday, February 25, 2016

Projek Langsir - Rod Kayu #7

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila dah siap urusan jahit menjahit langsir... kena la pulak cari kayu atau rodnya. Untuk langsir bawah saya guna rail biasa saja, dah dah jumpa orang yang buleh pasang. Pening juga rasanya nak dapatkan rod untuk satu rumah...  Memula saya survey di kedai yang saya beli kain... harga sekaki RM10. Dah terfikir macam murah jugak tu... campur malas nak gi cari kat tempat lain. Saya ada juga search dekat internet tapi kebanyakan yang saya jumpa harganya belas2 ringgit sekaki.


Masa saya ke Salem Aziz Tanah Merah, kebetulan masa tu tengah sale hujung tahun. Bila tengok rod tu harga dalam RM8.50 sekaki tapi x beli sebab masa tu tak dapat ukuran yang betul2 lagi. Lepas tu dari anggaran kasar kalau saya beli rod dengan ukuran yang ada masa tu... banyak pulak yang saya kena potong untuk fitkan  dengan ukuran langsir dan pintu.



Dalam dok cari2 tu sayapost dekat FB Geng Jahit... kot2 ada yang tahu mana tempat boleh beli dengan harga yang berpatutan. Ada yang mencadangkan agar saya cuba tengok di Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia sebab ada yang kata pernah beli dan harganya agak murah kat situ. Kebetulan masa tu ada di kampung... jadi cepat2 ajak MyMek ke KKR1M di Kuala Krai. Masa tu hari Jumaat jadi saya search dulu no telefon dan tanya samada buka atau tidak. Iyalah... kalau kena pi sana tetiba kedai tak bukak memang haru la kan... satu jam jugak pegi balik ke sana tu...

Bila dah call, dan confirm kedai tu bukak.. saya  minta staffnya semak mana kayu yang ada. Memula tu tak cukup semua tapi dapat la juga dalam separuh kayu tu. Agak2 dah puas hati... saya drive through selepas Jumaat. Alhamdulillah dekat 2 jam dok dalam tu fikir macam2 dapat juga beli kayu untuk keseluruhan langsir... tapi ada yang kena potong la. Nanti nak kena cari tapak dengan dia punya penyangkut pulak.


Bahagian hujung @ head rod


Tapiiiiiiiiii.... saya idok la dapat kesemua kayu tu dalam warna yang sama. Ada mahagony... magenta dan juga black. Nanti nak kena ejas la pulak kat mana kena letak kayu2 yang pelbagai warna tu... Kos untuk kesemua kayu tu dalam RM550 bermaksud lebih murah dari bajet saya. Boleh la buat beli lain pulak belen2 duit tu nanti.


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. Projek utk raya ke cheq shu..
    memang murahlah harga tu.. bebaloi cheq Shu beli..
    Akak dulu beli utk 3 rod tu jer dah RM250 lebih tau..

    ReplyDelete
  2. waaaah cun tuh kak...
    mmg murah betul kt kedai rakyat tuh kak...
    nsb ada yg share kan kka... kalu tak jenuh jgk tuh

    ReplyDelete
  3. Assalam.. camna ye nak potong rod tu? Guna gergaji biasa boleh?

    ReplyDelete
  4. Tumpang tanya, Macam mana nak pasang kayu tu?

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]