Saturday, November 9, 2013

Healthy Drink

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Udah katanya pun healthy drink a.k.a minuman kesihatan...  Inilah minuman saya di saat saya merasakan perut kena berehat dan segala salur-salur dalam badan dah kena servis. Saya tak boleh minum atau makan oat begitu sahaja, jadi saya campurkan dengan beberapa bahan untuk membolehkan ianya lepas di tekak.

Umum semua mengetahui kebaikan bijirin oat yang boleh merendahkan kolestrol serta menjadi alternatif kepada nasi. Cuma bagi saya belum sampai tahap itulah, setakat minum untuk sarapan saya ok lagi, tapi kalau kena makan hari2 aiiiii boleh kurus keding lah saya gamaknya.


Inilah ghupe minuman yang telah siap. Nampak agak kecoklatan sebab saya masukkan milo. Kalau tak nak bubuh pun tak apa. Minuman ni sedap diminum semasa masih suam. Bila dah sejuk agak sukar sikit nak telan kerana rasanya yang agak berkanji dan gummy tu. Pada sesiapa yang tak biasa minum oat dan berhajat nak cuba, bolehlah buat minuman ni. Saya kongsikan resepinya di bawah ni

HEALTHY DRINK
Resepi : Cheq Sue

2 sb oat
3 sb nestum original
2 sb milo / oligo (optional)
2 sb susu Omega
1 c air panas (mendidih) +-

Tuang semua bahan ke dalam gelas / mug
Masukkan air panas dan kacau hingga semuanya larut
Biarkan oat kembang seketika sebelum diminum

5 comments:

  1. tun mkn oat ngan susu pekat manis.. hihi... kalau wat air mmg susah nk habiskan :)

    ReplyDelete
  2. minuman wajib husb saya setiap pagi. dia blh tahan tanpa breakfast kdg2 tu klau terlampau busy. saya? huhu kadang2 kalau rajin. tapi saya blh je minum tanpa milo @susu manis. will do campur susu tepung….btw go go cheqsu

    ReplyDelete
  3. aduh minum sambil makan ngan roti tu ek...kena plak ari hujan..perghh

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]