Aloyah, Bada dan Syafiza sedang menikmati dinner
set di KFC sempena meraikan ulangtahun Bada dan Fiza yang kebetulan jatuh pada
tarikh yang sama. Di hari ini genaplah umur mereka 25 tahun. Aloyah menawarkan
diri untuk belanja tetapi Syafiza menolak dengan alasan dia mahukan kek free.
‘Pandai kau ya…’
‘Dah lama aku mengidam nak makan kek pelangi.
Nanti kita pergi la makan kat mana-mana as a celebration. Kau boleh join tak
Bada?’
‘Kalau petang esok boleh la sebab pagi aku nak ke
sekolah dulu.’
‘Petang elok la, boleh kita masak benda lain
sikit-sikit. Kau ajak la sekali pakwe sebelah tu.’
‘Aik, bila pulak kau berpakwe dengan jiran kita ni
Fiza? Diam-diam kau ya.’
‘Jangan kau dengan loyar buruk Loyah ni. Pepandai
je nak kenakan aku.’
‘Nanti kita boleh makan gulai kat Kelantan la
pulak ya Bada. Hish tak sabarnya aku.’
‘Cakap pasal makan gulai ni aku nak bagitahu
korang sesuatu.’
‘Kau nak kahwin jugak ke?’
Senyuman Badariah menjelaskan segala.
‘Aku nak bertunang minggu depan ni.’
‘Tahniah…dah sampai seru housemate aku ni. Tinggal
aku ajelah nanti. Fiza dengan Mail pun dah tak lama.’
Adeeehhhh… sepantas kilat ada sepit ketam mendarat
di lengan Aloyah. Merah padam muka Fiza sambil Bada tertawa memandang. Memang
padan sangat Syafiza dengan budak Mail tu. Dia pun setuju sangat. Dia selalu
nampak mereka makan berdua di kantin.
Balik dari KFC mereka bertiga membeli barang
keperluan untuk makan-makan esoknya. Oleh kerana Fiza telah bersetuju untuk
membantu, Aloyah sudah memikirkan beberapa menu untuk dimasak.
‘Susah ke nak buat kek ni Loyah?’
‘Susah tak susah, tapi kalau kat kedai 7 8 puluh
ringgit jugak orang jual.’
‘Bahan-bahannya tak la banyak. Macam buat kek
biasa je aku tengok.’
‘Kalau tengok bahan memang la sikit. Cuba kau
tengok cara-cara nak membuatnya tu. Berapa lapisan nak kena bakar satu-satu.
Kalau bukan sebab kau aku tak buat tau.’
‘Terima kasih Loyah. Tu yang aku sayang kat kau.’
‘Masa ni la baru kau nak sayang ya?’
He he he…
Dengan menggunakan resepi yang dicetak dari blog Juwita Farez, Aloyah pantas menyediakan adunan
seperti yang dinyatakan. Istimewanya kek ni sebab menggunakan hanya telur
putih. Kiranya kurang kolesterol dari kek biasa yang ada telur kuning. Cumanya
dengan menggunakan hand mixer agak seksa jugak nak memutar adunan butter dengan
telur. Dia tak mahu nanti keknya bantat atau tidak menjadi. Bila difikirkan
memang dia nak sangat mixer KENWOOD tu, time macam ni la kerjanya jadi lebih
cepat.
Untuk kek ni, Aloyah membahagikannya kepada 6
bahagian kerana pewarnanya hanya ada 6 jenis sahaja iaitu merah, kuning, oren,
biru, hijau, pink dan ungu. Kalau ada satu lagi complete la warna pelanginya.
Jadi Aloyah harus membakar sebanyak 6 kali sebelum ianya selesai. Setiap satu
warna perlu dibakar dalam 15-20 minit. Bila dah masak, yang paling penting
ianya perlu dilapik dengan baking paper supaya tak melekat antara satu sama
lain. Sambil menunggu adunan-adunan kek masak, Aloyah memutar whip cream. Dia
lebih suka menggunakan whip cream untuk aising kerana ianya mudah. Tuang aje
dalam bekas dan whip sehingga kembang. Bila dah selesai, dia menunggu 1 lagi
adunan yang belum siap di bakar sebelum mula menghias. Kek ni sedap dimakan sejuk.
Jadi semalaman dalam peti ais lagi menyedapkannya.
Bada dan Fiza yang terpaksa menemaninya sedang
berinternet. Keduanya sedang anyik melihat ke skrin. Apa pulak yang hendak
dibelinya tu. Dia cuba meninjau. Lorrr… tudung la pulak!
‘Siapa yang nak beli ni?’
‘Bada la. Aku tak mampu nak beli, mahal sangat.’
Aloyah merapatkan pandangan. www.jelitasara.com.
Sehelai 175 hengget? Allahuakbar.. Kalau shawl yang dia biasa beli tu baru 10 –
15 hengget, dah berpuluh helai boleh dapat.
‘Kau tak rasa mahal ke ni Bada?’
‘Eh ni oklah, kualiti bagus mestilah harga mahal
sikit. Tengok awning pun lain tau.’
Kualiti bagus? Macam sama je dengan yang dia
selalu tengok kat kedai tudung. Tapi bila tengok modelnya pakai boleh tahan
jugak.
‘Yang mana kau nak beli?’
‘Kaler biru ni. Kau rasa cantik tak?’
‘Aku tak berkenan, macam alas meja je.’
Alas meja? Rabun ke hape Aloyah ni?
Mentang-mentang la ia tak pakai tudung ni suka-suka je cakap tak cantik.
‘Kau tak pernah pakai. Cuba kau pakai sekali baru
kau tahu.’
‘Nantilah mana-mana yang kau dah tak nak pakai tu
boleh la bagi aku.’
‘Kau tak cuba tengok tudung Fareeda ke?’
Tahu pulak Fiza ni tudung Fareeda bagai. Kalau kat
pejabat Kak Lin memang pelanggan setia tudung Fareeda. Nyata Jelita gitu!
‘Aku ada beli dulu tapi tak selesa dengan
awningnya.’
Aloyah meninggalkan budak berdua tu setelah
ovennya membunyikan isyarat masa. Mata dah mengantuk, dia perlu segera menghias
kek. Malam ni nampaknya tak berkesempatan lagi nak mengupdate blog. Aduyai…
Kek yang telah siap disusun dengan dilapisi
aising. Setelah siap 6 susunan, kelihatannya agak tinggi. Rupa-rupanya Aloyah
dah salah loyang. Patutnya guna loyang lebih besar. Aloyah membuat coating di
bahagian luar untuk mengelakkan serdak kek bercampur dengan aising. Seterusnya
dia melepa aising setebal 1 cm dan meletakkan bunga-bunga menggunakan nozzle
gerigi. Bancuhan aising dah agak lembik sikit, mungkin lama dibiarkan kat luar.
Dalam 45 minit, barulah siap kerjanya menghias. Peralatan yang diguna dikumpulkan
satu tempat, dah malam-malam ni sejuk pulak nak kena air. Bertuah punya budak
berdua ni, dah terbongkang depan tv. Ish ish ish…
‘Kau dah bagitahu Mus?’
‘Daaah. Dia kata ok je. Dia ajak kita pergi sekali
tapi aku tak nak. Kita pergi awal sikit dan tunggu diorang sampai.’
Mereka berdua membawa barang yang telah siap
dipacking ke dalam kereta. Aloyah melihat WISH Encik Paris masih ada di tempat
parking. Tak ke mana-mana gamaknya dia hujung minggu ni.
Sampai di Taman Keputeraan, Fiza membentangkan
tikar di bawah pepohon rhu yang teduh. Cuaca nyaman aje. Walaupun agak panas
tapi ada deru dingin menerpa. Memang sesuai sekali makan-makan macam ni. Agak
ramai juga orang di sana. Pelancong barangkali. Taman Keputeraan merupakan
salah satu tempat popular untuk bergambar, ada banyak bunga-bungaan yang
menarik. Aloyah selalu juga datang melepak di situ dengan Syafiza.
‘Sorry beb, tak dapat nak menolong korang.’
Badariah baru sampai. Dia terus dari sekolah.
Walaupun hanya pembantu tadbir, sibuk dia mengalahkan guru besar. Sebentar
kemudian, Mus and the gang pula tiba. Encik Paris pun ada. Hensem dengan
t-shirt turtle neck dan jeans. Dah tak ada gaya KJ tetapi hot guy kata Kak
Zetty.
‘Tq sebab datang…’
Syafiza membuka bicara. Mail tersengih-sengih. Dia
awal-awal sudah duduk tanpa sempat dipelawa.
‘Last kita makan kat sini bulan lepas kan?’
Mustaza cuba mengingat ketika mereka sama-sama
kenduri steamboat di situ. Dengan periuk dan dapur mereka angkut sekali. Memang
seronok waktu tu.
Bada menolong apa yang patut. Fiza pula sibuk
memotong kek. Ada spaghetti bolognaise, kentang goreng dan donat. Hala datang
tadi mereka beli 3 botol air Mirinda. Aloyah memerhatikan Encik Paris yang
tidak bersuara. Benar kata Mus, dia sangat cerewet tentang makanan. Direnungnya
makanan yang terhidang bagai mencari apa yang kurang.
‘Encik Fareez, jemputlah makan. Jangan
segan-segan.’
‘Bos janganlah risau, ini semua Loyah yang masak,
gerenti best.’
Mus pulak melobi. Mail kusyuk dengan makanannya.
Aloyah mencedokkan spagetthi dan dihulurkan kepada Encik Paris. Dia sudah
maklum yang bosnya itu suka kalau ada yang melayan, macam kat restoran le
pulak.
‘Ada air lain tak? Saya tak minum air gas ni.’
Tiba-tiba Encik Paris bersuara.
‘Ada. Saya ada bawak milo. Ni…’
Aloyah memang dah standby dari awal. Dia tahu
Encik Paris tak minum minuman bergas. Dia seorang pembantu yang peka. Semuanya
dia ambil tahu.
Masing-masing bercerita sambil menjamu selera.
Mail suka sangat dengan kek pelangi yang dibuat Aloyah. Sedak katanya. Encik
Paris yang mulanya menolak akhirnya berjaya juga menghabiskan satu potongan.
Mus pula kemaruk dengan donat. Bada dan Fiza selaku birthday girl tetap
maintain ayu…
Aloyah membahagikan kek yang masih ada kepada
beberapa remaja yang ada di situ. Kalau tak habis sayang nak buang. Mereka dah
kekenyangan. Ahmad Fareez hanya memerhati gelagat Aloyah. Dengan skirt labuh
dan kemeja yang di tight-in, tudung pula tetap setia macam Najwa Latif, dia
akui Aloyah memang cute dan comel. Pheewww….
TUCK IN BUKAN TIGHT IN
ReplyDelete