Wednesday, November 13, 2013

Kerabu Telur Masin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bila terpandangkan Kak Ros upload n3 ni terus saya teringatkan baki telur masin yang saya bawa dari kampung sejak Ramadan yang lalu. Jadi saya pun rebuslah 2 biji untuk sama mencuba resepi tersebut. Bila kata sahaja kerabu, memang ianya salah satu pembuka selera. Dengan bau masam limaunya, serai, bunga kantan tak sah kalau makan tak bertambah. Daripada resepi yang dinyatakan ianya lebih kurang sama dengan kerabu telur dadar.

Oleh sebab saya plan nak makan begitu sahaja, maka saya tambahkan separuh timun batang (dadu) ke dalamnya. Cuma ralat jugaklah bila dah siap, saya hanya boleh makan bahagian telur kuningnya kerana bahagian putih tu TERSANGATlah masin, barangkali kerana terlalu lama dalam rendaman air garam.

In sha Allah, lain kali boleh cuba dengan telur masin fresh pulak. Sedih jugak bila terpaksa membuang sisa yang tidak dapat dimakan tu. Apapun TQ Kak Ros kerana berkongsikan resepi ni.



KERABU TELUR MASIN
Resepi : Kak Rostina

Bahan2 :
Telur masin (dalam 2-3 biji) (Direbus)
1 biji bawang merah besar (hiris halus)
3 biji cili padi (potong halus) - terpulang la kepedasan masing2
2 batang serai (hiris halus)
1 batang bunga kantan (hiris halus)
3 biji limau kasturi (ambil jus)
1 tangkai daun ketumbar/daun pudina (hiris halus)
Gula

Caranya :
1. Mula2 masukkan bawang, cili, serai & bunga kantan yg telah dihiris halus ke dalam mangkuk besar.
2. Tambahkan jus limau kasturi & gula.
3. Gaul sebati.
4. Telur masin yg telah direbus dihiris halus, kemudian campurkan ke dalam mangkuk besar tadi.
5. Gaulkan sambil melenyek sedikit telur masin tadi bersama bahan2 lain. Taburkan daun ketumbar/daun pudina.
6. Sedia dihidang.

#Tak yah letak garam 

5 comments:

  1. sedap ni tapi nak kena buat telur masin la dulu ;-)

    ReplyDelete
  2. Salam cheq sue, mmg kene makan ngan nasik nih, kalau meratah xtahan masin dia. tun jarang2 beli telur masin, sbb mmg suka makan, kalau dh beli tu, tiap2 hari nk merebus telur masin. kan x pasal2 naik bp nnti.

    ReplyDelete
  3. Oh first time saya dengar kerabu telur masin.

    ReplyDelete
  4. Menariknya kerabu telur masin ni.. baru je beberapa hr lepas makan nasi kerabu letak telur masin :)

    ReplyDelete
  5. heheh!!!!cheqsue……nama doh kerabu telur masin. masin laaaaa weh. kena makan dgn nasi mcm2 mana pun baru ada kick.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]