Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Seminggu dua ni asyik keluar rumah awal untuk ke pusat peperiksaan. Kalau drive sendiri dalam 6.40 pagi, kalau tumpang orang dalam 6.45 - 6.50 pagi baru jalan. Jadi dalam perjalanan tu selalu nampak matahari naik (sunrise) bermula di Kuala Terla sehingga simpang Hotel Nova dan Hotel EQ. Saya memang dah target, satu hari mesti datang sini snap gambar sunrise tu.
Dah alang-alang ada rehat dari jaga exam, 23 haribulan lalu saya dan Mok Ja serta Hawa, sepakat nak menengoknya. Berharap sangat dapat tengok mentari naik seperti yang dilihat sebelum ini, tetapi tak ada rezeki kerana pada pagi itu kabus dan awan agak tebal sehingga menutup serakan cahaya pagi.
Seawal 6.15 pagi keluar dari rumah, inilah hasil yang dapat dikongsi. In sha Allah lepas ni nak datang lagi, mungkin musim kemarau sikit. Sekarang ni asyik hujan je, itu yang gamaknya awan dan kabus menjadi tebal. Moh nengok... Apa yang boleh di kata, indahnya ciptaan Yang Maha Esa...
Lepas ni, tengok versi dua pula sama ada dapat snap view yang lebih baik dari ni..
SubhanaAllah ^^ Chantek!
ReplyDeletennt amek picture sunset pulak=)
Subahanallah...memang cantek cheq sue... hari-hari lihat memanglah teringin nak merakamkan keindahan ini :)
ReplyDeleteMmg cantek anugerah tuhan,. Beruntung dpt tengok.. bw... lama kak tak berkunjung ke sini
ReplyDeleteSubhanallah...indahnya ciptaan Allah...
ReplyDeleteSure sejukk duk kawasan berbukit kan.. kt sini kalau ko 645 tu matahari dh terang benderang.
ReplyDeleteIndahnya permandangan kat sana..indahnya ciptaan Allah SWT.
ReplyDelete