Thursday, November 28, 2013

Resepi Guacamole Dip & Kerepek Jagung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tahun ni Alhamdulillah pokok avocado belakang rumah berbuah lagi.  Yang dibelakang rumah kawan saya pun berbuah juga. Jadi baru-baru ni setelah bermalam di rumah Kak Nor, saya ambil dua biji untuk dibuat guacamole setelah saya melihatnya di AFC.

Heran jugak kan, apa benda yang sedapnya guacamole tu? Saya yang tak pernah makan ni memang semangat nak mencuba. Selagi tak buat, selagi tu tak tahu kan? Kata chef di AFC tu, sebenarnya guacamole ni ada bermacam versi, bahan pun tak sama. Cuma yang asasnya kena ada avocado dan jus limau. Bahan-bahan lain yang ditambah bergantung kepada selera untuk meningkatkan lagi rasanya. Dalam rancangan tu chef turut menunjukkan beberapa bahan yang digunakan.

Saya hanya menambahkan tomato cincang dan bawang besar ke dalamnya. Kalau nak pedas boleh masukkan cili. Kalau ada daun ketumbar pun sedap juga di tambah. Jadi dengan bahan-bahan yang saya guna, saya lenyekkan bersama menggunakan garfu, kemudian kacau sebati.

Gandingannya tentulah kerepek jagung (tak ingat jenama apa, tapi dalam bungkusan biru + purple) perisa keju. Patutnya ambil perisa BBQ, baru rasa ada pedas-pedas sikit. Secara peribadinya bila dah rasa ni, mmmm sedap lagi pencicah keropok kita. He he he... Agak 'kureng' sikit pada lidah saya, cuma bila terkena tang masam2 limau tu barulah sedap sikit. Kesimpulannya, untuk mencuba kira ok lah, nanti dah boleh cerita pada kengkawan bagaimana rasanya.

Jadi kalau ada yang nak cuba saya tulis semula resepi ringkas di bawah.


GUACAMOLE DIP
Resepi : Cheq Sue

1 biji buah avocado + 1 biji bawang kecil (dadu) + 1/3 biji tomato (dadu) + sedikit jus limau + sedikit serbuk lada hitam + sedikit garam
- campur semua bahan di dalam satu bekas
- hancurkan semuanya dengan menggunakan garfu
- boleh dihidang dengan kerepek jagung segera

Note : update dari PD ♥♥

4 comments:

  1. Saya pun baru faham apa itu guacamole bila baca entrfi ini. Tq for sharing dear!

    ReplyDelete
  2. kros pernah tgk resepi ni chef kamarul bt cam sedap je (dia bt a few style)…..btw bestnye dapat petik avocado fresh dr ladang.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]