Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Inilah yang dikatakan dugaan berblog. Bila nampak orang lain buat atau cuba, kita pun sibuk2 jugaklah cari bahan2 kat dapur. Kalau ada terus boleh cuba jugak, tapi kalau bahan tak cukup tu resah gelisah rasanya nak terus ke kedai mendapatkan apa yang kurang untuk membuat apa yang di hadapi.
Begitu juga degan penangan kek span krim keju ni. Saya buat selepas sehari Kak Lina mengongsikannya di blog. Semua bahan dah ada, jadi terus on projek. Tapi saya hanya buat setengah adunan sahaja, menghabiskan krim keju yang digunakan untuk membuat frosting.
Sebenarnya resepi kek span yang Kak Lina olah tu dah selalu jugak saya guna. Tapi tak terfikir jugak untuk memasukkan CC ke dalamnya. Cuma hasil pertama saya ni tak la cantik, agak kurang menjadi jugak kerana terbantat sedikit di bahagian bawahnya. Masa cairkan CC, masih ada yang berketul2 gitu. Saya selalu sahaja fail bab nak cairkan CC ni. Tapi seperti yang dketahui, kalau kek yang ada CC ni, bantat sikit pun tak apa sebab masih lagi boleh di makan dan tak mengubah rasa kek berkenaan. ** Sambil2 nak memujuk hari jugak ni!
Pada saya kek ni sangat sedap dan hampir menyerupai kek keju yang selalu dibeli d TESCO. Tengok sahajalah dalam gambar di atas, boleh nampak kegebuan dan ringannya kek yang terhasil. Dan jangan risaulah, kek ni memang akan dibuat lagi lain kali. Stok CC pun dok ada je dalam esbok tu. Tinggal datang angin rajin je..
Kat dalam gambar dibawah ni boleh nampak kek yang bantat seperti saya cerita kat atas tu. Sadis kan? Yang atas tu dah spongy dah... Apapun TQ Kak Lina yang berkongsikan olahan ni. Saya copy semula resepi di bawah untuk rujukan akan datang.
RESEPI SPONGE CHEESE CAKE
By : LiNa Pg
Bahan-bahan (Saiz 9inci )
150g Tepung Super Fine
1 st serbuk penaik
150g gula kastor (LiNa Pg gn 120g)
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovellete
80ml air biasa
80ml minyak/butter cair
250g cream cheese
Cara-cara
Cairkan cream cheese secara double
boil.Sejukkan sebentar
Tepung super fine dan serbuk penaik diayak
terlebih dahulu.
Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik
dan telur dalam mangkuk adunan.
Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit
dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
Perlahankan kelajuan dan masukkan air pukul
lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair dan juga cream
cheese ke dalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
Sediakan tin pembakar bulat 9inci atau 4segi
ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan
dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
(LiNa Pg bakar suhu 165'C)
Bila dah masak terus keluarkan dari oven dan
telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek
kita kecut.
Kemudian bolehlah diterbalikkan semula kek,
biarkan sejuk sebentar.Keluarkan kek dari loyang.Sejukkan di atas redai.
kek dimasak mengunakan api bawah dan atas
CS...apa2 pun kek yang guna cc memang mengancam...x kiralah bantat ke.klu msk dlm peti sejuk dan dimakan sedap jer masuk tekak....
ReplyDeleteAssalam cheqsue...
ReplyDeleteKalau kek yg ada cis kat dalam selalu jadi camni..kak lina pun besa kena dulu...Tapi makan abes gak hehe..
Apa2 pun tq sudi cube
gebussnya...suka tgk dan tingin nk mkn,agak2nya cair x kt mulut?ca gula2 kapas tuh?hehehe
ReplyDelete