Syafiza
menuju ke kantin selepas semua pelajar prasekolah balik. Kak Jun berpesan
kepadanya untuk menyiapkan dokumentasi berkaitan dapur pra sebelum ke PPD tadi.
Nampaknya hari ini dia terpaksa balik lewat. Setiap kali ada pemantauan,
tugasnya sebagai pembantu prasekolah agak boleh tahan sibuk juga. Sambil
menyedut sirap limau ais yang diorder, Syafiza membuka bekas mengandungi mini
kek yang dibuat oleh Aloyah. Cantik aje kek-kek tu dibuat dalam loyang
berbentuk ros. Di dalamnya pula ada taburan chocolate chips. Entah apa ke
namanya kek tu dia dah lupa. Yang dia ingat mini kek aje. Sms sudah dihantar
kepada Badariah untuk minum bersama tetapi gadis itu menolak kerana ada urusan
bersama KPT.
‘Oloh,
dio make sore jah tok ajok doh kito.’
Ismail
tiba-tiba datang ke kantin dan menegurnya. Agaknya budak-budak pendidikan khas
pun sudah balik tu yang dia ada masa melepak.
‘Minum?’
Ismail
yang mengambil tempat di sebelahnya hanya mengangguk.
‘Teh o
beng lima so kak.’
Fiza
kagum sungguh dengan Ismail ni. Dia tak kisah langsung di mana berada. Lelaki
bermisai itu tak pernah bercakap dalam Bahasa Melayu yang betul. Asyik-asyik
cakap Kelantan. Tambah-tambah di sekolah itu ramai pulak yang senegeri
dengannya. Malah Abang Leman, guru pendidikan khas yang berkerja bersamanya juga
berasal dari sana.
‘Kek
godio ni? Mari ko ambo sbutey.’
Belum
pun Fiza berkata apa-apa, Ismail sudah mengambilnya.
‘Weh,
suka hati je kau. Kang tak cukup lak aku.’
‘Demo
takleh make banyok, keno jago bade baru comey lote.’
‘Tak
kuasa la ku nak jaga-jaga badan ni.’
‘Wak
diri ko kek ni? Ko demo beli kkeda?’
Dia dah
agak dah. Itulah ayat skema yang selalu ditanyakan oleh sesiapa sahaja kalau
dia ada membawa bekal ke sekolah.
‘Tak la,
Aloyah yang buat malam tadi.’
‘Dio tu
meme teror eh masok? Uto sungguh kawe dok sbeloh moh demo, kenye hidu bau jah.’
‘Siapa
dapat dia memang senang la nanti. Sebut aje nak makan apa, semua dia boleh
buat. Aku tak pandai, pandai makan aje.’
‘Demo
keno blaja la denga dio. Nak masok gapo, nak buat kue ko, nak buat kek ko…tok susoh
bbeli.’
‘Ala
setakat nak makan sorang aku beli aje 2 ringgit.’
Dalam
dok bersembang tu, habis jugak mini kek Syafiza sebiji. Dia sebiji, Fiza
sebiji.
‘Haaaah…dok
ngorat deh duo ore nih.’
Cikgu
Sulaiman a.k.a Abang Leman pula datang ke kantin. Dah habis kerja la tu. Datang
ke kantin tak ada tujuan lain. Order teh tarik segelas kemudian pergi merokok. Setahu Fiza Mail tak pula
merokok. Bagus, dia memang suka dengan lelaki yang tak merokok ni. Kalau tak
memang dia lemas dengan asap rokok. Eh? Suka? Apa kes ni? ^_^
‘Ngorat
aponyo abe, baru nak ngejah jah ni.’
‘Ngejah
molek, upe bia keno. Jange paka air lio jah.’
‘Abang
Leman tak minum ke? Nak bagi kek ni pun dah habis.’
‘Abe nak
minu air jah. Kek-kek ni tak main lah, bagi ke Mae jah dia brehi gotu.’
Ish tensen
sungguh. Pening kepala memikirkan apa benda yang menjadi butir percakapan Abang
Leman dan Mail. Mentang-mentang la dia tak faham, entah-entah sedang mengutuk
aku, siapa tahu…
‘Eh,
nati tulo royak ko Loyah deh abe nak oda kek engri berd hujo minggu nih, nak
wak kelik kapong. Pah Fiza tulo la hata ko abe.’
Kek
engri berd? Ha ha ha…nak putus urat perut rasanya bila Fiza dengar kata-kata
Abang Leman. Tak kering gusi dengan cikgu yang sudah beranak tiga itu.
Isterinya nurse, berkhidmat di Kelantan. Dia di sini berulang balik setiap
minggu.
‘Abe
Leme ni tiak-tiak minggu kelik, respek sungguh la dio.’
‘Dah
anak-bini dia kat sana kena la dia balik jenguk. Tanggungjawab tu.’
‘Kawe
keno cari bini ore sini jah kalih. Mano tehe nak berule sokmo. Tuo atah jale
jah la gitu.’
‘Cari la
kalau jumpa. Cuba kau cakap BM sikit ada la yang berkenan tu nanti.’
‘Demo
lagumano? Ado gewe doh ko?’
‘Gewe?
Gewe tu ape?’
‘Gewe…
gewe tu gewe lah.’
‘Ye
lah…ape dia? Aku tak faham ni. Cuba kau eksplain sikit.’
‘Mmmmm…takdok
gapo lah. Nati demo royak ko Aloyah la kek dio ni sedak. Tak genak ambo make
sbutey. Ambo nak gi ko jambe smeta.’
Hish
Mail ni. Mulut takde insuran langsung. Gewe? Macam pernah dengar tapi apa
maksudnya. Makanan ke hape?
Ø
Weh kau tau gewe tu ape
o
Gewe? Siapa ckp dgn kau
Ø
Mail, dia tya aku dh ada gewe ke blm. Aku x phm
o
Dia nk ngorat kau la tu
Ø
Hish, memandai ke kau ni
o
Ye la, kalo kau nk tahu gewe tu maksudnya kekasih, ada phm? Dia
tgh nk ayat kau la tu
Ø
Xn la Mail tu syok dgn aku yg tak lawa ni
o
Mn kau tahu, citarasa org bukan sm. Aku sokong kalau kau dgn
Mail tu
Ø
Ha ha ha… mati katak la aku nnti. Btw dia kt mini kek tu best
Ahmad
Fareez memandang Aloyah dari tingkap biliknya. Sesekali dia lihat gadis itu
tersenyum. Kemudian memandang komputer di depan. Kemudian membalas sms, entah
dengan siapa ya? Senang hati betul budak tu. Dia sebagai bos tak ada masalah,
nak bersms ke nak tidur ke yang penting jangan ganggu kerja. Apa yang
diperlukan, yang diminta mesti dapat on time.
Dia
jugak yang sedang tertekan. Internet pejabat sejak tadi bemasalah. Dia yang
mahu membuka aplikasi jabatan sudah menunggu agak lama dan belum habis
meloading lagi. Inilah masalahnya bila semua nak guna aplikasi maya, semua nak
online. Bila nak log in aje dah setengah hari, itu belum masuk data yang nak di
key-in. Ahmad Fareez memang fed-up dengan keadaan begitu. Menjunam moodnya nak
kerja. Tapi yang pelik kalau nak online facebook tak ada masalah pulak. Senang
aje nak dapat line walaupun dia jarang menggunakan komputer di pejabat. Untuk
bersosial dia biasanya menggunakan Galaxy hanya pada waktu rehatnya sahaja.
Tiba-tiba
saja lagu Maher Zain menyentak keserabutan mindanya. Panggilan dari mama!
‘Assalamualaikum
along.’
‘Waalaikumussalam
ma. Ada apa?’
‘Ai,
takkan la nak kena ada apa-apa dulu baru mama boleh telefon.’
‘Tak la
macam tu. Kan baru dua hari lepas along telefon.’
‘Adik
nak balik minggu ni, along tak nak balik ke?’
‘Along
tak boleh balik ma, minggu ni kena kerja, Tuanku Sultan nak mencemar duli
minggu depan. Sibuk sikit.’
‘Mama
bukan apa long. Adik tu balik bawak kawan dia. Kalau along ada boleh la tolong
tengokkan.’
‘Kawan?
Kawan macam mana?’
‘Kawan
perempuan. Sama kerja dengan dia.’
‘Ala
mama ni. Mama dengan abah aje la yang tengok. Along bukannya tahu apa-apa. Mana
yang baik along ikut aja. Lagipun kalau itu pilihan adik kita nak kata apa.’
‘Adik
dah bawa balik calon, along bila lagi nak tunjukkan pada mama?’
Aduhhh,
Ahmad Fareez cukup tertekan bila soal yang satu itu ditanyakan. Mama bukannya
tidak tahu dia sudah mempunyai pilihan hati. Malah dia sudah menunjukkan gambar
Kartina beberapa kali.
‘Mama,
boleh tak kalau kita tak bincangkan hal tu?’
‘Along
dah 29 tahun tau, patut dah berumah tangga. Dah ada anak.’
‘Bukannya
along tak mahu kahwin ma, tapi tunggu la along establish dulu. Ada banyak lagi
yang nak along capai. Tina pun baru kerja kan, mama bagi la peluang kami bina
kerjaya dulu.’
‘Mama
tak berkenan dengan si Tina tu, bukan tak ada perempuan lain lagi kat dunia ni
long.’
Asyik-asyik
itulah alasan mama terhadap hubungannya dengan Kartina. Dia yang nak kahwin,
dia yang berkenan, apa masalahnya. Memang la kalau mengikut piawaian mama dia
berkehendak yang bertudung, yang berbaju kurung, yang betah di dapur tetapi dah
kerjanya GM di hotel, memang tak lepas la semua tu. Pening, pening. Macam mana lagi
nak yakinkan mama ni?
‘Along
yang nak kahwin ma, itu pilihan along.’
‘Ye la,
mama tahu itu memang pilihan along tapi kalau boleh along cuba la buka mata
pada perempuan lain yang lebih baik. Mama taknak along merana nanti.’
‘InsyaAllah
tak, mama. Janganlah mama risau.’
‘Mama
sentiasa mendoakan kebahagiaan kau nak.’
‘Terima
kasih mama.’
Ahmad
Fareez bukannya mahu melawan cakap mama tetapi sudah 2 tahun dia berkasih
dengan Kartina yang dikenali semasa menghadiri kursus kepimpinan di Kuantan.
Masa tu dia berkhidmat di Raub sebelum naik pangkat ke Cameron Highlands. Dalam keadaan inilah peribahasa menarik rambut
dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak amat berguna.
Bagaimana dia mahu menjaga hati mama dan Kartina serentak? Adik pun kurang
asam. Masa-masa macam ni la dia nak bawa balik makwe, tak menyempat-nyempat nak
kahwin agaknya…
salam cheq sue..
ReplyDeletecomelnya mini cake tu..senang masuk mulut kan..