Tuesday, November 12, 2013

Cekodok Pisang Kembung Kak Besah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Memalukan sungguh... buat cekodok pisang pun nak berpandukan resepi. Ish, jangan fikir macam tu. Kalau sayalah secara peribadinya bila goreng cekodok pisang, tak pernah jadi kembung seperti ni. Biasanya berminyak dan penyek. Dengan resepi perkongsian Kak Besah yang sudah lama bergelumang bersilat berkecah di dapur, akhirnya berjaya menghasilkan cekodok pisang yang sangat elok kejadiannya. Jadi janganlah kita fikir negatif. Setiap yang dikongsikan tu ada gunanya yang tersendiri. Betul tak?

Kebetulan dalam peti ais, memang ada stok pisang lenyek yang saya bawa dari kampung lepas Aidiladha lalu. Dok fikir2 jemu eh asyik buat kek pisang, jadi saya teringatkan resepi ni dan membuat separuh adunan.


Untuk memasukkan adunan pisang ke dalam minyak, saya menggunakan scoop aiskrim, sebab itulah bulatnya jadi agak comel dan sama rata. Kalau tak sah ada yang kecil ada yang besar gitu. Hi hi hi... Daripada gambar tu pun kita boleh tengok ianya tidak berminyak dan lebih kurang sama dengan yang dijual di gerai-gerai.

Buat Kak Besah, terima kasih kerana sudi berkongsikan resepi ni dengan orang seperti saya. Saya copy semula resepinya dibawah untuk rujukan akan datang.

CEKODOK PISANG KEMBUNG KAKBESAH
Resepi : KakBesah @MyR

Bahan-bahan (2 piring penuh)
2 cawan pisang lenyek
1 cawan gula pasir @ gula castor
1 penutup sodabikarbonat (1 sudu makan)
1 sudu kecik baking powder
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecik garam

Cara-cara
dlm mangkuk, campur pisang lenyek bersama gula & garam.gaul biar gula larut.
ayak soda bicarbonate & baking powder dgn penapis teh ke dalam campuran pisang.gaul rata2.pastu masukkan susu & tepung.tambah sedikit lg tepung jika adunan masih lembik.
panaskan minyak yg banyak, lalu jemput2kan adunan bulat2 kedalmnya. goreng dgn api sederhana supaya dlm nya masak.bila kulit luar nmpak garing bleh lah diangkat.

 

3 comments:

  1. Elok bulat cekodok cheq shue tu..... Resepi perlu cheq sue wlpn nak masak yg mudah ;)

    ReplyDelete
  2. Salam cheqsue.. nii mmg resepi cekodok pisang feveret tun.. sejak jumpa resepi nih, mmg selalu sgt buat cekodok pisang ^^

    ReplyDelete
  3. Selalu dok tambah air dalam adunan agaknya sebab tu tak berapa menjadi kot, nanti Aina pun nak try buat jugaklah.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]