Friday, November 29, 2013

Kuih Cek Mek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sepanjang hampir 3 tahun berblog, saya belum pernah up kan tentang kuih cek mek. Katanya kuih made in Kelantan tapi malu la kalau tak tahu buat kan? Sebelum ni memang ada la buat, tapi itulah, tak pulak mengambil gambar dan masukkan kat sini. Saya tak berapa suka makan cek mek sebenarnya kerana air gula di dalamnya tu sangat sensitif pada gigi saya. Jadi kadang2 bila buat tu satu dua je saya makan.


Kebetulan baru ni kemas-kemas rumah sikit, terpandang 3 ketul keledek kuning yang saya bawa dari kampung sejak Aidiladha lalu. Punyalah lama sampaikan di bahagian hujungnya dah mengecut dan kering. Haiiii, dasyat sungguh anak dara sorang ni. Jadi fikir2 nak buat apa... bila search resepi ada Kak Besah kongsikan kaswi keledek tapi tak sedap kalau makan tak ada kelapa. Jadi fikir2 buat cek mek ajelah, senang dan tak banyak bahan.

Sebenarnya nak buat cek mek ni tak perlukan banyak bahan. Yang penting jangan guna tepung banyak, agak-agaklah supaya balance dengan ubi tu. Tapi saya ni cakap je pandai, kemain suka agaknya ambil tepung dalam bekas, dah terlebih pulak. Jadi bila dah terlebih tu kenalah tambah air sikit supaya dapat uli dan bentuk dengan elok. Bila dah begitu begini, mmmmmm memang jadi agak keras sikitlah.

Keras pun tak mengapalah asalkan masih boleh di makan. Kalau nak tengok hasil yang cantik boleh ke link blog Kak Azie yang saya copy di bawah.


KUIH CEK MEK
Sumber : Kak Azie

Bahan bahan
ubi keledek oren
tepung gandum
sedikit gula

Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.
Ubi yg telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya.  Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.  
Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 
Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 
Angkat bila kekuningan. Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas. 

4 comments:

  1. Assalamualaikum CS...pnh dgr tpi x pnh mkn...

    ReplyDelete
  2. Memang mudah cara penyediaannya ni Cheq Sue... bagi yang suka, cepat habis sepiring kalau ada depan mata!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]