Saturday, November 2, 2013

C@AC 4 : Sup Ayam Hadnyai


Aloyah memandang gambar passport yang tertampal di butiran peribadi Tuan Haji Ahmad Fareez. Macam pernah tengok je mamat ni tapi kat mana ya? Memang familiar sangat-sangat pada pandangan Aloyah. Muka tak mesra alam langsung. Masam aje kat dalam gambar. Dia yang belum berkesempatan bertemu muka dengan Tuan Haji bos barunya bagaimanapun tidak dapat mengingat kalau-kalau mereka pernah bertemu sebelum ini.

‘Amboi Loyah, kang tembus pulak borang tu.’

‘Kak Zetty, saya macam pernah tengok je dia ni.’

‘Hah, nanti dia dah ada kat pejabat jangan kau panggil bukan-bukan pula. Awal-awal dia dah pesan suruh panggil Fareez aje.’

‘Nape pulak? .’

‘Kalau kau jumpa dia nanti tahu lah camana. Tak ada gaya bos langsung Loyah oii… hot guy adalah.’

‘Ewah ewah kak… kalau akak tu single boleh la isi borang ye dak?’

‘Bukan akak la masalahnya… kau tu jangan lupa ambil peluang ni. J’

‘Ada pulak macam tu. Tak kuasa la saya. Akak rasa dia tu macam mana.’

‘Entah la Loyah, akak nak cakap banyak-banyak pun kang jatuh mengumpat pulak. Cuma akak nak pesan pada kau yang sah-sah paling dekat dengannya, bawak-bawak la banyak bersabar. Dia bos kita.’

‘Takut pulak saya bila akak cakap macam tu.’

‘Akak nak ke pantry ni, kau nak air tak?’

‘Saya puasa kak.’

Aloyah yang berkursus minggu lalu memang tidak tahu apa yang sedang berlaku di pejabat dengan pengurusan yang baharu. Kata Sanju bos baru ni agak messy jugak. Cerewetnya boleh tahan. Pendek kata para pekerja takleh nak auta langsung la. Kecut perut Aloyah dibuatnya. Dia sebagai pembantu KJ tentu akan menghadapnya saban hari. Kalau dilihat macam kat drama tv tu, bila dapat bos yang bossy ni mahu terbang segala fail-fail. Tiap-tiap hari kena tengking. Hish, simpang malaikat 44. Minggu ni bos pulak yang berkursus, jadi lambat lagi la mereka nak berkenalan.

‘Oi, makcik! Berangan nampak.’

‘Allahuakbar! Kau ni Mus suka sangat la nak kejutkan aku.’

‘Sampai ke langit berapa dah angan kau tu?’

‘Baru sampai ke langit ketiga, belum langit ke tujuh lagi. Kau sengih-sengih kat sini ni apa hal?’

‘Aku rindukan kau la Loyah. Seminggu tak usik kau tak bermakna hari-hari aku tau.’

‘Sanju kan ada. Kak Tipah tu ha kalau kau usik seronok sangat la dia melatah. Kalau tak pun kau usik la Encik Paris kat dalam tu.’

‘Encik Paris mana pulak ni?’

‘KJ baru kita tu la. Kau dah jumpa dia?’

‘Amboi, sedap aje kau kata Ecik Paris. Dia bukannya spesies macam aku Loyah. Jangan kata nak usik, nak pandang pun aku segan.’

‘Eh…kenapa ya? Teruk sangat ke Encik Paris tu? Tadi Kak Zetty pun cakap macam ni jugak. Kau jangan takutkan aku Mus.’

‘Dia bukannya kenapa-napa Loyah. Dia ok aje. Tapi yelah, baru seminggu dia kat sini kan, banyak masa lagi untuk kita kenali dia. Entah-entah dah lama nanti dia masuk geng kita mana tahu. Bos pun manusia biasa kan…’

‘Pandai-pandai la kau kawan dengan dia.’

‘Bukan aku Loyah. Kau tu…’

‘Wooooo… cakap jangan main hentam je aaaaa.’

‘J ni ha kertas yang bos mintak aku uruskan. Semuanya aku dah letak dalam fail.’

‘Cepat pulak kerja kau ya.’

‘Nak jaga reputasi jugak Loyah oi.. Aku pergi dulu lah… Nak tengok komputer Abang Isa.’

Aloyah semakin kebingungan. Kalau setakat Kak Zetty yang cakap dia tak kisah sangat tapi bila Mustaza yang kepalanya macam tercabut satu wayar tu pun cakap perkara yang sama dia sememangnya patut menjaga kreadibiliti. Sebelum ni tak adalah pula dia berperasaan begini. Sebelum berkerja di bawah Tuan Haji Mahmud sempat dia berkerja dengan Dato’ Wong selama setahun. Pun ok aje, segalanya berjalan lancar. Ish ish ish…pening, pening. Dia tidak mahu berfikir yang bukan-bukan lantas kerja yang masih memerlukan perhatiannya diteliti. Prinsipnya mudah saja, kerja dengan seikhlas hati. Apa juga yang bakal berlaku akan ditangani dengan bijak. InsyaAllah…



Ø  Kau sibuk ke?

o   ?

Ø  Kak Jun nk order kek utk pra. Blh buat x

o   Bila nk?

Ø  Rabu

o   Blh aje, yg ptg RM masuk. Any request?

Ø  Dia nk yg biasa, 2kg ++, tulis slmt ulang thn apr-jun

o   Ok, no prob

Ø  Aku blk rmh td, kesian Bada teruk jgk dmmnya smpi mc arini

o   Jarang2 plk dia dmm teruk

Ø  Kau ada apa x blh masak utk org dmm. Dia x lalu mkn

o   Aku igt nk buat sup aje utk berbuka, blh msk lbh

Ø  Sdp jgk tu, blh aku tumpang sekali

o   Kau sihat walafiat, blh masak sendiri *x* jgn nk mengade

Ø  Xpe, nnti aku beli ayam, ada gak share.

o   Xyah, ayam byk lg kang letih aku nk kena msk

Ø  Oklah, aku beli popia grg blk kang

o   Kau tlg beli lengkuas dgn halia sekali. Xyh aku sggh kdi

Ø  Yes mem…



Bicara Aloyah bersms dengan Syafiza. Ada tempahan kek nampaknya. Kalau tak sibuk boleh la Aloyah terima. Bukan bisnes besar-besar pun setakat menambah pendapatan dan mengisi masa yang ada. Lagipun sejak dua menjak ni dia suka sangat bereksperimen dengan whip cream semasa menghias kek. Satu kepuasan bila dapat menghasilkan kek yang cantik pada pandangan matanya sendiri. Pada pandangan orang lain tak tahulah plak. Dia yang juga ketua chef di rumah memang menjadi sandaran Fiza untuk makan atau meminta apa-apa. Segala stok bahan, mana yang ada mana yang tak ada semua di dalam kepalanya. Dia sebenarnya tidak kisah langsung kerana memang minatnya suka memasak dan makan. Cuma yang untungnya berat badannya tak naik walaupun makan tak hengat. Tak macam sesetengah orang yang terpaksa menahan bila makan.

Walaupun Bada tak berapa geng dengan diorang, tapi sebagai teman serumah dia bertanggungjawab untuk mengambil berat. Berjauhan dengan keluarga, teman-teman serumah la yang menjadi penggantinya. Buat sup ayam hadnyai ok jugak, masam-masam tentu terbuka selera. Aloyah ternampak di blog Tun Telani sewaktu berblog-walking beberapa hari lepas. Boleh la dia cuba juga. Tak nak membuang masa, dia lantas meneruskan kerja.

‘Kak Zetty, surat ni nak kena hantar cepat, bos dah memo.’

‘Letak je kat meja, nanti akak tengok.’

‘Kak Lin, claim saya ni akak tolong urus eh, semua dah isi.’

‘Banyak kau masyuk bulan ni Loyah.’

‘Rezeki kak. Kalau boleh cepat sikit la kak, ada barang baking saya nak beli ni.’

‘Kalau bos approve cepat cepat la Loyah. Kalau akak yang keluarkan duit sekarang je akak bagi kau.’

‘Heeeee akak ni. Kak, mesyuarat dengan Dato’ Pengarah hujung bulan ni jadik ke?’

‘Apasal pulak tak jadiknya. Kau kena sediakan apa yang patut untuk bos tu. Kang masak kita.’

Masak? Kak Lin pun macam Kak Zetty jugak. Adoyai….tension sungguh.

 



Sunyi je rumah tu ketika Aloyah melangkah masuk. Skuter Syafiza pun tiada. Ada la tu ke mana-mana dia pergi. Di meja dapur telah siap bahan-bahan untuk membuat sup. Ada ayam, bawang, serai dan bahan tumis, semuanya sudah siap dibersihkan. Nasi pula sedang ditanak dalam rice cooker. Aloyah terus saja ke bilik Badariah. Ternampak di matanya gadis itu sedang berselimut. Tidur agaknya. Dia ke biliknya pula, mahu menunaikan solat Asar. Kemudiannya dia ke dapur menyiapkan juadah berbuka puasa.

‘Kau ke mana tadi?’

‘Aku keluar beli ubat. Si Bada tu tak hendaknya dia ke hospital. Ni ada popia yang aku janjikan.’

‘Yang kau beli buat apa? Bila kau nak buatkan sendiri?’

‘Aku mana la reti. Nanti la kalau ada masa kita buat sesame. Bada camana?’

‘Aku tengok dia tidur lagi.’

‘Teruk jugak demam dia tu. Kita bawak pegi hospital la nanti.’

‘Aku rasa macam tu jugak. Lepas sembahyang nanti kita pegi. Mana benda-benda yang aku suruh beli tadi?’

‘Ada dalam peti. Sup apa kau nak buat ni?’

‘Sup ayam hadnyai. Sesuai sangat la untuk orang tak sihat. Untuk orang yang sihat macam kau ni lagi la sesuai. Kau tolong tumbuk ni jap.’

Bawang putih, bawang merah, cili dan halia ditumbuk kasar. Kemudian dimasukkan ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kadang-kadang Aloyah masak tak la mengikut kuantiti bahan yang ditetapkan. Jadi dia akan sesuaikan dengan banyak mana bahan utama yang dia guna.

Semerbak harum bahan tumis merawang ke dapur. Fiza menuangkan bahan yang telah ditumbuk. Serai dan lengkuas ketuk ditumis sekali. Untuk sup ni Aloyah lebihkan sedikit rasa masam supaya dapat membuka selera Bada. Isyarat untuk memasukkan ayam ditunjukkan kepada Fiza. Ketulan ayam yang dipotong kecil-kecil ditumis sebentar dengan bahan rempah sebelum dimasukkan air.

‘Mmmmm sedapnya bau. Kalau makan dengan nasi lembik sedap ni.’

‘Kau tu apa aje yang tak sedap?’

Dalam 30 minit saja sup yang dibuat telah siap. Ada 20 minit lagi sebelum berbuka. Aloyah membuka laptopnya, mahu tengok apa yang berlaku di Aloyah Café sambil-sambil melihat hiasan kek untuk tempahan Kak Jun. Amboi, bukan main kawan-kawan bloggernya, macam-macam entri ada kat blog masing-masing. Aloyah sempat menitipkan beberapa komen sebelum ke dapur untuk berbuka. Di meja Fiza dan Bada sedang menunggu.

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]