Monday, November 25, 2013

Resepi Fillet Dori & Mayo Selasih

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selalu jugak beli ikan dori ni, tapi biasanya dimasak celup tepung dan dibuat kuah masam manis. Kalau nak makan begitu saja rasanya ikan dori ni tak berapa sedap kerana isinya yang agak tawar dan tidak padat. Kalau dinner dekat hotel memang selalu ada menu ni.

Jadi fikir-fikir saya nak cuba buat sesuatu yang saya boleh makan dengan sos mayo. Sos mayo ni pulak saya terbayangkan campuran sos dengan daun basil, tapi saya hanya guna selasih biasa (tempatan) je, malas nak ambik basil belakang rumah.


Nah... posing sikit dengan bunga mawar dari halaman rumah sebelah. Sweet je dok dalam fillet ikan ni. Sekali pandang fillet ikan ni memang tak menarik aih. Nampak sadurannya agak kurang rangup kerana saya hanya menggunakan tepung beras. Sebenarnya boleh guna tepung jagung atau tepung perapan segera, baru jadi cantik sikit. Tapi tak mengapalah, setakat nak makan sendiri je...

Untuk fillet ni saya hanya gandingkan dengan fries sahaja. Pelengkapnya sekadar mayonis yang dicampur selasih serta sos cili. Selalu kan tengok di AFC mat salleh suka sangat campur herba dalam mayonis. Agak2 kalau macam ni boleh buat dressing salad jugak.

Kalau ada yang nak cuba saya dah tuliskan resepi di bawah ni. Jangan segan-segan ya...


FILLET DORI & MAYO SELASIH
Resepi : Cheq Sue

Fillet dori :
5 keping fillet dori
Tepung beras + serbuk lada sulah + serbuk cili : gaul rata
2 biji telur + 2 ulas bawang putih (cincang) : kacau sebati

Mayonis selasih :
5 sb mayonis + 5 sb air + daun selasih (tempatan) cincang
- kacau hingga sebati dan rata

Cara membuatnya :
- fillet dori yang telah dibersihkan digaul ke dalam campuran telur dan bawang putih
- kemudian salut dengan campuran tepung
- buat langkah di atas 2 kali
- kemudian goreng dalam minyak tohor
- hidangkan dengan mayo selasih dan sos cili

5 comments:

  1. Sedap ditekak sendiri yg penting cheq sue.... Cantik mawar tu berkembang ;)

    ReplyDelete
  2. Sedap..lepas ni boleh try.selalu makan kt kedai je ikan dori ni

    ReplyDelete
  3. Oh! Specialnya resepi ni Cheq Sue... fillet ikan dori memang anak-anak suka, tapi ada mayo selasih ni rasa macam nak cuba pulak... tq for sharing!

    ReplyDelete
  4. adam suka order fish & chips ni kalau makan kat kedai western.

    ReplyDelete
  5. Salam cheq sue.. tun pun suka beli ikan dori. sbb kdg2 malas betul nk gi pasar basah, beli groceries kat supermarket je. mmg biasa buat sweet sour atau fish n chips mcm nih. xpenah lak try letak herbs dlm mayonis, nx time blh cuba.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]