Saturday, November 9, 2013

Pantai Melawi, Bachok

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Percutian yang tidak dirancang. Dok membebel nak pergi ke tempat lain tetapi lain yang sampai. Semasa balik bercuti Deepavali baru-baru ini, saya kononnya nak ke PD tapi fikir2 malas nak drive through highway. Jadi tukar ke Tasik Kenyir. Jeles dengan kawan sekolah yang ke sana sebelum ni. Tapi kata kawan yang asal Terengganu, Jalan Aring-Gua Musang rosak agak teruk. Maka tak jadilah saya ke Tasik Kenyir.

Kemudian saya fikir elok jugak kalau menziarah Mak dan Abah di Benta, kemudian baru balik ke Kelantan, tapi tak jadi jugak kerana cuti yang agak panjang, tak sampai hati nak tidur semalaman aje... Jadi dalam perjalanan balik ke Kelantan, terdetik di hati untuk tidur di tepi pantai. Maka Mok Ja segera menelefon chalet tempat dia pernah menginap di Pantai Melawi dulu. Begitu begini rancangannya, yang jadi adalah bercuti di negeri sendiri iaitu di Pantai Melawi....


Saya sebenarnya baru sekali ke Melawi, seingatnya zaman-zaman sekolah rendah dulu. Jadi dengan panduan jalan yang diberikan Mok Ja, saya memandu terus ke Bachok / Melawi. Sempat jugak sesat sampai jalan ke Peringat. Kebetulan masa nak pergi tu, Pak Nik (pemilik chalet) kata tak ada bilik (ekon) kosong, yang ada bilik kipas, tapi bila sampai ada pulak bilik kosong. Satu malam hanya RM50, bilik kipas RM 40 dan bilik ekon 2 katil pula RM65. Pergggghhhhh, kemain murah. Nak duduk seminggu pun no hal lah.

Yang bagusnya di Pak Nik Chalet ni adalah tempatnya berdekatan pantai serta kawasan lapang yang tidak semak. Sesuai kalau nak bawak budak-budak. Dengan Pantai Melawi yang berpasir halus dan landai, memang sesuai sangat nak buat family day. Saya ke sana berempat, sewa 1 bilik dengan Mok Ja, Faiz dan Naim.


Layan ajelah gambar yang dapat dikongsi... Masa ni baru sampai, lepak tepi pantai sambil snap sana-sini padahal dalam hati dah tak sabar nak menjejak gigi air.


Naim kata jom buat bintang. Hish budak-budak sekarang. Sempat jugak buat gyomi love di situ. Huarghhh...


Sesekali layan perasaan melihat binatang yang datang ke chalet. Ada ayam api-api, kucing dan burung gembala kerbau.


Ada juga di kawasan berdekatan tempat memproses ikan kering. Syoknya kalau boleh makan dengan pulut gaul kelapa.


Nama dan bolanya. Ada gaya nak jadi pemain bola profesional tak?


Mok Ja dan anak-anak saudaranya. Saya hanya menumpang kasih -_-


Konon nak tengok sunrise tapi terlindung dek awan tebal. Cuaca agak mendung pagi tu, jadi tak nampak sangat mentari. Nian sungguh pepagi tu kan..
 

Nampak seorang pak cik ni nak pergi menjala. Beginilah rutin hidup di tepi pantai, menjala barangkali ntuk kegunaan sendiri. Dari riak ombak bergelora, dia tahu saat dan ketika untuk menebarkan jala.


Ini pulak dipersekitaran chalet. Kalau saja-saja datang berkhelah di situ, satu kereta bayar RM5, motor RM1. Bagus jugak dibuat begini kerana kawalan pantai adalah persendirian.  Aktiviti yang dot dot dot tu pun tak ada...bila malam tengok ada orang meronda tepi pantai. Kebersihan pun terjaga.

Kalau ada sesape yang nak ke Melawi tu, bolehlah hubungi no yang ada dalam gambar di atas, rasai pulak pengalaman tidur di tepi pantai. Memang syiokk!

4 comments:

  1. Salam Cheqsue..bestnya g bercuti2 kat tepi pantai.Sekali sekala layan perasaan kat tpt camni mmg best..:)

    ReplyDelete
  2. assalam cheqsue... akak ada ke Bachok juga.. rasanya 2 tahun lepas... masa tu tak aktif berblog... duk juga kat chalet tapi bukan kat sini .. lepas kita org balik terjadi banjir besar kat situ... nak mandi tak berani sebab angin kuat betul!

    ReplyDelete
  3. Kak ina ni kelako sikit...bila dengar bunyi ombak hempas pantai tu ingat Tsunami aje..he he..

    ReplyDelete
  4. Sipe no phone pak nik tow...tkt nk g tido sna

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]