Syafiza dah bangun? Eh, ini satu keajaiban.
Selalunya kalau tak pukul 12 tak adanya dia keluar dari sarang. Mengigau
agaknya ni. Aloyah pula meneruskan rutinnya seperti biasa. Hujung minggu
baginya seperti hari-hari kerja. Seusai sembahyang Subuh, dia tidak boleh lagi
melelapkan mata. Hajatnya mahu update blog dan membasuh kereta. Badariah tiada
di rumah, tidur di hotel bersama keluarganya yang datang melancong.
‘Awal lak kau bangun Fiza.’
‘Aku ada kerja sikit ni.’
Kerja apa pulak budak Fiza ni? Prasekolah tutup di
hujung minggu.
‘Semalam ada baju baru aku tak sempat nak tengok.’
Allah, kalau kerja tu kerja perabih duit namanya.
Tak lain nak tengok baju di FB Iena Collection
la tu. Syafiza mahupun Badariah memang suka membeli baju kurung di laman web
tersebut. Murah katanya. Ye lah, keduanya bekerja di sektor kerajaan, mesti
selalu anggun dan bertukar-tukar baju. Takkan cikgu aje yang nak melawa.
Kakitangan sokongan pun apa kurang. Tak macam Aloyah, dia senang menjahit
sendiri pakaiannya.
‘Ada baju cantik ke?’
‘Ada la ni. Dia baru upload 1 album. Bada dah
tengok semalam. Sampai 4 pasang dia order.’
4 pasang? Itu dah 200 lebih harganya. Tak sayang
duit sungguh si Bada ni.
‘Habis kau berapa pasang berkenan?’
‘Aku belum habis tengok lagi ni. Macam berkenan je
semua.’
‘Kau nak menyopping tu kena agak-agak jugak weh,
kang tak sempat nak tunggu gaji bulan depan, sudahnya aku jugak yang kau cari.’
‘Takpe, pinjaman takde interest, aku tak risau!’
‘Kalau kau shot bulan ni aku takleh nak tolong
tau. Aku dah order bread maker dengan Kak Lin.’
‘Lor, baru aje nak isi borang pinjam. Kalau macam
tu takleh beli banyak la dalam album ni.’
‘Baju dah tak muat almari, lagi nak beli. Entah
hape-hape la korang ni.’
‘Ye lah, aku order sikit aje ni.’
‘Berapa?’
‘Dua pasang aje…’
Eh, dalam tak ada duit tu terbang jugak seratus
lebih. Fiza, Fiza. Nasib baiklah dia tidak terpengaruh dengan belian online
baju-baju macam tu. Tapi janganlah tunjuk barang-barang dapur. Periuk ke,
pinggan Corelle ke, Pyrex ke, silicon mould ke…aduh, berpinar biji matanya
nanti.
‘Apa projek lunch kita ni?’
‘Aku ada beli daging, Pak Mat jual dekat sekolah,
kau ada nak buat apa-apa ke?’
‘Aku rasa macam nak buat nasi tumis. Daging tu
boleh buat lauk.’
‘Nasi tumis tu camana? Kau tahu masak opor? Aku ada
dengar makcik kantin tu sembang. Kita buat tu nak?’
‘Nasi tumis tu macam nasi beriani la. Tapi aku nak
buat nasi lobak merah. Beras basmathi pun ada lagi satu kilo. Kalau kita buat
semua pun boleh bagi pada Mus sikit.’
‘Aku boleh tolong. Lagipun Mail dengan Abang Leman
tak balik minggu ni. Boleh la kita habiskan stok daging tu. Apa benda lagi yang
tak ada?’
‘Semua aku dah beli dah. Santan kotak pun ada
lagi. Cuba kau Google resepi opor tu.’
Sekarang ni jangan risau. Antara rajin dengan
malas aje. Kalau tak tahu masak pun tak apa. berlambak resepi di dalam internet
yang boleh dicuba dan dijadikan panduan. Kalau susah-susah Google aje aloyahcafe@blogspot.com. Sanju dan Kak Tipah pernah juga menyelongkar blog kesayangan Aloyah
tu.
‘Ni haa ada banyak… kita cuba yang ini lah, macam
senang je cara-caranya.’
‘Aku nak basuh kereta dulu jap. Kesian boyfriend
aku tu dah 2 minggu tak mandi. Kau print la dulu resepi tu, fahamkan cara-cara
nak membuatnya. Tau!’
‘Tumpang basuh motor aku sekali eh.’
‘Tak payah… Tak kuasa la aku.’
Syafiza hanya merengus sambil menyambung
aktivitinya di facebook. Baru pukul 9.30. Nak masak lunch awal lagi. Nak tidur
pun tak leh dah... ^__^
Aduhh…dah macam kereta site engineer dah SWIFT
Aloyah ni. Dah la warna hitam, memang cepat nampak debu-debu dan kekotoran yang
melekat. Walaupun perjalanan kereta itu hanya dari rumah ke tempat kerja, sesekali
ke Ipoh tetapi dengan cuaca yang tidak menentu memang cepat keretanya kusam.
Kalau rajin setiap minggu dia akan cuci kereta, kalau tak jadi macam ni lah.
Aloyah mula menyabun keretanya sambil mendengar
lagu K-Pop melalui earphone. Pagi yang masih berhawa dingin bertambah sejuk
bila terkena air.
‘Ppagi basuh keto doh teh.’
Terdengar satu suara menegur dari rumah sebelah.
Kalau cakap Kelantan tu tak lain dah. Aloyah tersenyum kepada Mail yang sedang
menjemur kain. Rajin pulak budak tu basuh kain pagi-pagi ni.
‘Kereta kita dah lama tak mandi.’
‘Tupe basuh keto kito la atek.’
‘Kau beli kereta tu dulu Mail baru boleh aku
tolong basuhkan.’
‘Nati la Loyah, kito beli. Buke setakat keto, keto
keba pun kito beli.’
Macam-macam saja Mail ni. Kadang-kadang Aloyah tak
faham pun apa yang dicakapnya. Kalau kena perkataan Kelantan yang dia tak
pernah dengar, dia hanya mampu senyum saja. Sedang dia melayan Mail, sebuah
kereta merah memarkir di hadapan rumah.
Aloyah memandang.
‘Hoh, sapa doh. Mari, mari masuk. Muh, Muh, saing
demo sapa doh ni.’
Aloyah berpura-pura memberus kereta sambil matanya
tak lepas memandang ke rumah sebelah. Agaknya penyewa baru kot. Mustaza pernah
memberitahu kekosongan satu bilik di rumah itu. Eh…macam kenal aje. Tubuh
tinggi lampai, berjalan lagak seorang model tu memang dia kenal sangat. Itu
bukan ke Encik Paris? Dia menyewa kat sini? Nak pulak dia duduk di rumah murah
macam ni.
‘Oi, basuh kereta ke skodeng rumah sebelah?’
‘Syhhhh… kau ni mulut tempayan sungguh.’
‘J kenapa?’
‘Bos aku. Aku rasa dia menyewa rumah sebelah.’
‘Mana? Mana aku nak tengok. Hensem tak orangnya?’
‘Itu pulak yang difikirnya. Segan la aku kalau dia
kat sebelah ni. Dah tak dapat kita nak bergelak bagai.’
‘Tak adanya diorang nak dengar apa yang kita buat.
Kau dah siap ke belum. Jom la masak aku dah lapar ni.’
‘Nak makan aje kerjanya…’
Kereta yang telah siap dibasuh dibuka semua pintu.
Biar masuk angin sikit, kasi kering semua kelembapan.
Aloyah menyertai Syafiza yang siap sedia di dapur.
‘Kau tolong sagat carrot tu.lepas tu basuh beras.
Nanti kena sukat tau, nak bajet air dengan susu.’
Amboi, siap dengan apron lagi si Fiza ni. Nampak
sangat la jarang ke dapur.
‘Jangan risau, aku dah baca resepi ni tadi. Dah
faham.’
Aloyah menghiris daging nipis-nipis. Dia nak
sediakan opor daging dulu kerana masanya lebih lama untuk memastikan daging
benar-benar empuk dan sebati dengan rempah. Resepi daripada Kak Hanieliza memang menjadi biasanya. Kerisik tak ada
la pulak. Mmmm tak payah bubuh la. Tak apa kot satu bahan tak ada. Kalau nak
mencukupkan semuanya seperti di dalam resepi alamat lambat lagi la nak jadi
opor daging ni.
Mula-mula ditumisnya dulu kulit kayu manis, buah
pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Setelah naik bau dimasukkan pula bahan
mesin yang terdiri daripada cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai. Memang semerbak
baunya. Fiza yang sedang menyiapkan bahan nasi turut mengendap ke dalam kuali
opor Aloyah. Aloyah hanya tersenyum dengan gelagat Fiza. Gadis itu kadang-kala
menjadi penyeri hari-harinya. Tak lama kemudian, kepingan nipis daging
dimasukkan. Aloyah mengecilkan api dan membiarkan daging merenih. Dah agak-agak
daging hampir empuk, santan, asam keping, gula dan garam pula dimasukkan.
Sekarang tinggal kacau je sekali sekali sehingga daging betul-betul empuk.
Ø
Masok gapo ni weh, sedak bau pah ko
rumoh ambo
Syafiza menunjukkan sms yang dihantar oleh Ismail.
Kan dah kata, memang semerbak baunya. Tu belum masak. Silap haribulan dah siap masak
nanti dihulurnya pinggan nasi ke rumah, macam dalam iklan nasi goreng dulu.
Aloyah tersenyum.
Ø
Tak masak apa-apa pun, agaknya mamak
kat depan tu tengah masak kari
o
Huk aloh, kito baru nak mitok sikit.
Lapa cerot dah ni.
Ø
Pergi la makan kat kedai
o
Kalu buleh make pree buleh jimat
sikik
Ø
Kedekut :x
Aloyah meneruskan dengan nasi pula. Syafiza
disuruhnya memotong kobis, carrot dan nenas untuk dibuat acar mentah. Barulah
lengkap hidangan nasi tumis tu dengan geng-gengnya. Nak membuat nasi lobak
merah ni bukannya susah pun. Tumis bahan tumbuk dan daun pandan lepas tu
masukkan rempah kurma. Tambah air ikut sukatan beras, garam, gula, kiub ayam
dan susu cair sebelum masukkan lobak merah serta beras. Lepas tu tanaklah macam
biasa. Cuma untuk resepi nasi yang menggunakan beras basmathi, Aloyah biasanya
mengikut keseluruhan resepi kerana dia tidak biasa menggunakan beras tersebut.
Kalau suka-suka ikut sukatan sendiri nanti masalah. Nasi mentah, nasi lembik.
Kadang-kadang terhangit pun ada. Ter…ok, ter, tu maksudnya tak disengajakan.
Harapnya resepi yang dikongsikan Kak Nor ni
menjadi.
Sementara menunggu nasi masak Aloyah menggoreng
papadom. Waduh waduh, kemain special lunch hari ni. Tak sah kalau makan tak
bertambah. Hampir 1 jam 30 minit di dapur, keseluruhan hidangan sudah siap.
Aloyah menyiapkan hidangan untuk dua orang selebihnya dimasukkan ke dalam bekas
dan plastik untuk dihantar ke rumah sebelah. Dia tidak suka makan untuk kali
kedua. Kalau lapar kemudian nanti dia akan fikirkan nak masak apa pula.
Syafiza menghantar ke rumah sebelah. Melalui pagar
je sebenarnya. Ismail apa lagi, tersenyum lebar la dia dapat makan free. Kan
bertuah berjiran dengan orang yang suka masak…betul tak?
Ø
Tq nasi tu. Sedap smpi x cukup
o
Sama. Rezeki korang
Ø
Bos memula xmo mkn tapi at last dia
yg menambah dulu
o
Knp pulak
Ø
Dia tu blh thn memilih jgk. Mcm2
disoalnya aku sblm mkn
o
Cerewet kemain
Ø
Aku x
o
Kau tolak batu dgn kayu aje
Ø
Lain kali kalau ada lg jgn lupakan
kami pulak
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]