Monday, June 25, 2012

Orange & Choc Chips Mini Cake



 
 
Eeeeeee.... macam cantik je gambar yang ada bunga matahari tu. Eh, bunga betul tu bukan bunga plastik okeh. Tak paham betul dengan kamera cap ayam ni, kejap jadi cantik kejap tak cantik. Apapun, bukan saja berpuas hati dengan gambarnya, malah hasilnya juga. Ecececeh... ada unsur-unsur perasan di situ, sedikit aje ^_^
 
Cheq sue sebenarnya tak pasti sumber resepi ni dari siapa sebab dah search kat tenet tapi x sepadan. Resepi ni ada dalam buku masakan lama cheq sue. Yang cheq sue buat ni setengah adunan, guna acuan silicon rose. Tu yang namanya jadi mini kek.  Buat ni sebab tetibe rasa nak makan kek hangat. Memang gebu sangat masa mula2 masak tu walaupun ada sedikit choc chips melekat pada acuan, jadi bentuknya tak smooth sangat. * Abaikan perkara itu






 
 Mula2 dok ingat nak buat choc chips muffin @ cc tapi bila belek2 buku resepi yang ini resepi paling senang. Caranya pun tak renyah. Oleh sebab nak rasa choc chips tu jugak maka cheq sue buat sedikit olahan. Resepi kat bawah ni sesuai sangat untuk bilangan rakyat yang tak ramai. Macam cheq sue buat mini kek ni dapat 6 biji, 3 bagi member sorang satu, 2 cheq sue makan dan sebiji lagi makan esoknya.

Pada siapa yang mungkin nak rasa kek hangat tu boleh la cuba yang ni. InsyaAllah sedap. Selamat mencuba. Wassalam...






ORANGE & CHOC CHIPS MINI CAKE
Resepi : My Old Recepi Book
Olahan : Cheq Sue

Bahan-bahan :
100 g mentega
90g gula halus
100g tepung naik sendiri / gandum
1/2 sk baking powder & soda bikarbonat (jika guna gandum)
2 biji telur
1/3 cwn choc chips
1 sk sunquick / esen oren
Parutan kulit oren (1 biji) - opt

Cara-cara :
Pukul mentega dan gula hingga kembang
Masukkan telur 1 per 1, kemudian masukkan sunquick, pukul lagi hingga kembang
Ayak tepung gandum dan bahan penaik ke dalam adunan mentega dan telur. Tambahkan choc chips. Kaup balikkan hingga rata
Sudukan ke dalam acuan kecil atau ke dalam papercup. Cheq sue guna acuan silicon rose
Bakar pada suhu 150'C selama 10-15 min bergantung oven masing-masing
 
Stylish Thankyou

13 comments:

  1. gabungan oren ngan cekelat...! mesti rasanya mabeles kan....must try nie....suka ngan oren2 nie...sbb baunya tu...wangiiiii jer kan....:)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya gabungan masam n manis cholate chips tu sue, cantik bunga matahari akk ingatkan yg plastik juga tadi hehe

    ReplyDelete
  3. nampak cantik lah mesti sedap sangat ni ada rasa kombinasi masam dan coklat boleh try jugak nnti ni

    ReplyDelete
  4. Cheqsu...cantik je gambar tu..kena dengan nama dan warna oren tu.. bunga pun cantik..CW nak tanya,..silicon mould ok tak kalau masuk oven? CW ada la dalam 2 3 set silicon mould...tapi tak pernah masuk oven lagi..selalu guna untuk puding.. kalau ok..boleh lah try2 pasni.. ;))

    ReplyDelete
  5. salam cqsue..cantikknya..mesti sedap nie.nk try jgk nnt:)

    ReplyDelete
  6. wah..cer terbangkan kesini sikit nak rasa

    ReplyDelete
  7. dni lak tak terbuat2 lagi kek ni haaa hehe :D

    ReplyDelete
  8. slm Cheq Su...mmg cntik gambar tu...sma la QH...kdg kamera poket tu cantik hasilnye..kdg blur2 jugak gmbonye tu...xpe perasan...klau bkn dri sdri yg puji spe lg x...hehe...simptom yg blaku pd QH...

    cantik la kek mini rose...nmpk sedap sgt...

    ReplyDelete
  9. apasal comel sangat ni???..jeleslah...sbb tak dapat rasa..

    ReplyDelete
  10. salam Cheq Sue, wah..dh merasmikan mixer 'all in one' baru tu yer..hehe. cute la Cheq Sue mini cake tu.. sayang nk mkn..hee..

    ReplyDelete
  11. maceh cheqsu for the info... nanti CW cuba ;))nak tau jugak hasilnya.

    ReplyDelete
  12. salam cheq sue...memang cantik ehh gambo...tapi kan gambo2 CS sebelum ni pun mokwo suka sgt2 tengok...cuma tak leh nak ngap ajerr!!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]