Saturday, June 2, 2012

Dah Musim Dah....


 
 
Sekadar memetik kata-kata Nani, bila dok kg, xsempat nak masak sangat. Banyak masanya makan kenduri selain menjamu air tangan emak.  Jadi mulalah nak keluar n3 merapu. Kalau xde n3 atau tak berceloteh mulalah hati tak tentu. Dok kg ni pulak lagi lah…line tenet ngalahkan kura-kura, jangankan nak komen, nak BW pun tersengguk-sengguk. Jadi maaflah kalau tak dapat nak meninggalkan kata sepatah dua… Pada yang sudi meninggalkan komen di ‘ABC’ ni terima kasih banyak-banyak.

Puas jugak melilau keliling rumah, tengok apa2 yang boleh dikongsi. Bila terpandang ada banyak buah-buahan yang lebat berbuah, ini tandanya musim buah sudah kembali. Kalau awal tahun dulu, kebanyakan buah2 di daerah timur ni tak menjadi,  sebaliknya di daerah hulu seperti Gua Musang sangatlah berlebih-lebih. Tapi nampaknya kali ni memang menjadi rezeki daerah2 timur seperti di Pasir Puteh ni… Walaupun dijangka boleh dimakan dalam bulan puasa nanti atau ketika Aidilfitri, memang tak sabar menanti. Masakan tidak, kalau rambutan tu, duduk aje kat bawah pokok, bila rasa nak makan kait aje atau ambil dengan tangan. ^^
 
Mmmmm jemputlah tengok gambar ya. Wassalam...
 


 Rambutan ni special sikit, memang sedap. Kalau berbuah tak pernah sikit. Jenis 'anak sekolah'. Tak pasti pulak sekolah kat mana. He he he..
 



 Raja buah. Durian jenis 'Kunyit' dan 'Bakok' yang ada. Kalau menjadi memang tak puas makan. Buat pulut durian wallahweh...
 
 



 Buah cempedak. Dah lama jugak x berbuah pokok ni. Sekali berbuah memang tak habis makan. Ulasnya kecik aje tapi banyak. Untung kalau nak buat cempedak goreng sebab isi nipis. *_*
 



 Buah paling bekeng...asyik menyalak aje kejenya. Kalau kena yang sedap memang x berenti makan. Ada arahan nak buat jeruk dah. Pasni kena search resepi ^^



 Limau bali. Sedap dibuat colek. Tambah2 kalau ramai yang makan. Sesuai sangat nak makan lepas terawih nanti. Aishhhh...
 
Note : Kat ujung kampung ada kenduri, siap MC dengan silat lagi boleh dengar sampai ke rumah. Nanti mek balik tu siaplah dia cerita ^^
 
 
Stylish Thankyou

14 comments:

  1. rambutan & durian..tak sabar nak makan

    ReplyDelete
  2. salam kenai cheq su, best nya tengok pokok2 buah tu rasa tak sbar nak balik kampong ni durian tu yg bestttt sangat teringin la

    ReplyDelete
  3. wahhhh!! musim buah!! ni yg x sabar nk blk kg nih..

    ReplyDelete
  4. mak ai seronoknya kg u sue....jeles i..hehehhe....bestnya....kita masa kecik2 je merasa buah rambutan tak yah beli ni...byk sgt sampai tak lalu makan...macam2 jenis ditanam...tapi bila arwah atuk meninggal..pokok pun seaakan merajuk..semua sekali tak berbuah..lama2 mati sendiri..huhuhu

    byk nye buah cempedak tu..huhuhu....

    ReplyDelete
  5. Lebatnya buah cempedak tu....dah lama tak makan cempedak goreng.Bestnya bila musim buah-buahan.

    ReplyDelete
  6. salam cheq su..rambutan anak sekolah(R191) memang sedap acik pun suka..dalam banyak2 gmbar buag ni..acik paling teruja tengok buah cempedak..cempedak paling sedap bila dogoreng kan.

    ReplyDelete
  7. salam cheq sue..
    wahh semua buah-buahan best...mcm nk g petik jew:)

    ReplyDelete
  8. seronoklah aidilfitri kali ni bila berkumpul boleh menjamu makan buah-buahan..

    ReplyDelete
  9. hahah! kalau kite berjiran, memang buat muke x malu dh nak mintak buah2 tu sume.

    ReplyDelete
  10. Bestnya macam2 jns buah ada..tu kalau masak serentak..jenuh nk makan..kak lina pun panggil 'rambutan anak sekolah' cerdik la buah rambutan tu hehehe.Sedap kan buanya agak bulat,isi tebal dan pejal..yg best isinya lekang..tak tanggal selaput

    ReplyDelete
  11. Salam kenal cheq sue.....seronokkan dusun buah dekat keliling rumah.Tak pegi jauh2.

    ReplyDelete
  12. As'KUM wahh kak Cheq Sue banyaknya pokok buah2an... bestnya.. teruja sama ni hah! nanti kalau dah matang jangan lupa bagi sha rasa yaa..:))

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]