Wednesday, June 20, 2012

Potato Croquette


 

Kembali ke dapur ya tuan tuan, puan puan... Setelah berapa lama meninggalkan dapur (serius lama sungguh cuti masak kali ni... huhhhh) inilah n3 pemanas untuk tatapan semua. Buat ni di kala sibuk, ambil sedikit masa untuk meredakan tekanan di jiwa. Dah lama berangan nak buat PC ni. Selain penggemar kekacang, cheq sue cukup suka dengan ubi kentang. Dalam kebanyakan masa, ubi kentang menjadi alternatif kepada sayur-sayuran. 

Bila dah lama meninggalkan dapur, kamera untuk mengambil gambar, memang kekok sangat. Nak ambil gambar dari segala segi serba tak kena rasanya. Kalau tengok kat gambar tu aje ada yang tak sempat di edit. Kira halal la ya... Asalkan elok pada pandangan mata...

Untuk PC ni macam tak jadi lagi sebab ada yang berderai, sebab cheq sue lupa nak salutkan dengan tepung seperti dalam langkah-langkah yang dinyatakan. Untuk snek, kudap-kudapan memang sedap di makan, udah penggemar la katakan... Lain kali nak buat lagi sebab memang tak puas hati dengan yang ni. Pada kawan2 yang teringin nak cuba bolehla refer resepi kat bawah ni. TQ Kak Yani... Wassalam...




 
POTATO CROQUETTE
Resepi : Kak Yani@MyR

BAHAN-BAHAN ( 8 KETUL )
4-5 biji ubi kentang
1 sudu mentega
1/2 biji bawang besar
150g daging cincang cheq sue guna daging ayam cincang
Sedikit garam dan serbuk lada sulah
2 biji telur dipukul
Bread crumbs secukupnya
Sedikit tepung
Minyak untuk mengoreng

CARA-CARA
Rebus ubi kentang sehingga masak
Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
Potong dadu bawang besar.
Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
Goreng dalam minyak penuh


Stylish Thankyou

8 comments:

  1. Selamat pagi Cheq...
    sedapnya potato Croquette dicelup ke dlm sos cili...

    ReplyDelete
  2. salam cheq...
    minta seketui..banyak lagi kan....:)

    ReplyDelete
  3. sedap nie sue..selalu buat..tapi anak akak tetap panggil bergerdil hihihi..
    sue kek pisang akak yang akak tayang tu separuh jer adunan..resipi nyer mmg untuk satu adunan..jadi masa buat akak halfkan kuantiti bahan..kena cuba tu..sedappp!!!

    ReplyDelete
  4. Salam Cheq sue..sedapnya PC..nnt nk cuba lah..yana pun penggemar potato jgk..mkn yg ni 2 3 ketul xpayah mkn nasi dh.. confem kenyang ^^

    ReplyDelete
  5. terima kasih cheqsue bagi idea bernas ni. kite dah bosan lak makan wedges je. cheese powder ada lagi. boleh buat ni pasni.

    ReplyDelete
  6. Che Sue.. sedapnya.. ranggup dan lemak.. waduhh enak bangat nih!

    ReplyDelete
  7. sedapnya sue...rasanya kita pernah salin resepi kak yani ni..tapi takat salin je la..buat belum lagi..hahahha

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]