Monday, June 11, 2012

Moist Butter Cake

 
 
Masuk yang ni, dah 5 kali cheq sue open kendian close untuk previewkan n3nya. Sadis sungguh bila cikgu hilang kata-kata. Memang blur sungguh nak memula bicara setelah seketika berdiam diri. Rasa macam banyak je nak cerita tapi tak tahu nak stat kat mana. Pagi tadi sempat jugak menjengah blog kengkawan dalam kesibukan tu, tak sempat nak komen sebab ruang masa dan keadaan sangat terbatas. 
 
Untuk kek butter ni, sebenarnya cheq sue buat masa cuti baru ni kat kampung. Kalau kek plain macam ni boleh la mek dengan cek makan, depa tu kalau kek ada aising bagai memang x di sentuhnya pun. Untuk resepinya memang semerbak sangat bau butternya hasil campuran marjerin dengan susu pekat. Tapi entah ngapa yang cheq sue buat ni macam padat sikit texturenya walaupun kek tu ringan. Overall memang sesuai sangat kalau nak dibuat gandingan masa minum petang.
 
Kalau sapa yang teringin nak rasa tu boleh la cuba. Jangan lak dimintak yang ni, dah tak tahu ke mana perginya ^^. Sampai jumpa lagi ya... Tengah blur2 lagi ni... Wassalam...


KEK BUTTER MOIST 
Resepi : ztutie @ MyR

Bahan-bahan ( Sebiji kek 1 kg )
1 cawan / 225gm butter
1/2 cawan / 100gm gula
5 biji telur
1 cawan / 250ml susu pekat
1/2 cawan / 125ml susu segar/uht
2 cawan / 200gm tepung gandum/tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder (tidak perlu jika menggunakan tpg naik sendiri)
2 sudu besar oren/strawberry/pandan emulco

Cara-cara
Pukul butter dan gula hingga kembang dan berwarna putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
Masukkan susu pekat dan susu segar. Kemudian masukkan tepung dan gaul hingga sebati, x perlu pukul.
Akhir sekali masukkan perasa yg di kehendaki. Saya buat strawberry dan oren..mmg sedap.
Masukkan kedlm loyang bergris dan bakar dengan suhu yg rendah 150 - 160 c selama 40-45min..bergantung kpd oven masing2.


Stylish Thankyou

13 comments:

  1. dah lama tak buat butter cake. kene ikut mood jugak nak buat kek ni.mak ayah kite pon tak berapa makan kek. tapi kalo buat apam, kuih tradisional, roti, yang tu dia makan.

    ReplyDelete
  2. alahai cheq sue.... enaknya butter cake kalau ada depan mata dengan secawan teh o panas...mmmm sambil sembang tak sedar hari menjelang senja!

    ReplyDelete
  3. kak che, bila saya bukak link tajuk dr belog saya, tak kuar la..bila klik kat home baru kuar entri ni..huhuhu

    ReplyDelete
  4. salam kak...hmmm...nampak sgt sedap dan moist

    ReplyDelete
  5. suka makan butter cake. kdg2 yg simple2 ni laa lg laju makan.. muak jugak kaler asyik makan cekelat nih.. tun pun jenis yg x suka mkn cream2 segala bagai nih. tp kalau nk ada function buat jugak topping2 tu kasi cantik.

    ReplyDelete
  6. Wow sedap ni.. nampak lemak dan padat tu yang sedap tu..:))

    ReplyDelete
  7. Suka butter cake sedap.. Tambahan bila bake
    Tu bau semerbak..:)

    ReplyDelete
  8. gebusnya kek cheqsue...gerenti sedap ni buat minum petang...

    ReplyDelete
  9. Nak cuba buat sbb bahan mudah..terliur tgk..simple tp sedap nampak.. :)

    ReplyDelete
  10. Nak cuba buat sbb bahan mudah..terliur tgk..simple tp sedap nampak.. :)

    ReplyDelete
  11. mmg sy suka makan kek macam ni, tak boleh ada depan mata..asyik nak ambik je, tak cukup seketul je, mau juga capai 2-3..fuhhh, boleh naik jerawat kat pipi, tp layan je selera ..

    ReplyDelete
  12. amboiiii....dlm pada blur tu, sempat jg buat kek..
    Agaknya kita tua2 nnti pun x mkn kek berkrim kan?

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]