Dekat di hati jauh di mata, bonda tercinta menyerkap
rasanya… bagaimana bisa mengelak darinya.
Dayang
Atikah meneruskan kerjanya menyiram bunga yang berkembangan di taman mini yang
diusahakan oleh ibunya. Kak Sari, Abang Saif dan Batrisyah balik menziarahi Nenek Jamilah di Pontian. Pagi minggu begini tiada
apa yang dapat dilakukannya.
“Pagi
Ika bangun.” Kedengaran suara ibu menyapanya.
Dayang
Atikah membalas dengan senyuman manis. Dia nampak ibunya membawa dua cawan milo
dan dua pinggan nasi lemak. Nampak sungguh sedap. Menyentak seleranya.
“Jom
sarapan.”
“Macam
mana la Ika nak diet kalau balik kampung? Ibu ni pandai aje memikat selera
Ika.” Dayang Atikah menuju ke meja.
“Diet
apa pulaknya Ika, kamu macam mana pun ibu tetap sayangkan kamu. Tak ada
bandingannya. Atau Ika nak jaga badan sebab ‘si dia’ tu?”
“Si
dia mana pulak ni ibu?” Dayang Atikah memandang ibunya manja. Fikirannya
terbayangkan Amjad.
“Macam
mana hubungan Ika dengan Amjad?”
Kenapa pula hal itu yang ibu
timbulkan?
“Hubungan
apa pulak? Sama aje macam yang lain.”
“Ibu
sukakan dia. Sesekali Ika ajaklah dia datang ke rumah. Dia baik. Tampan pulak
tu, sangat sesuai untuk Ika. Ibu pun setuju kalau dia menjadi pasangan Ika.”
Terasa
ingin tersembur keluar nasi lemak yang sedang dikunyahnya. Segera dia meneguk
milo yang masih berasap.
Ibu ni sesekali buat lawak best
jugak. Dia tak tahu yang aku ni tengah berperang besar dengan laki tu…
“Siapalah
Ika ni, bu. Lelaki macam dia tu takkanlah suka pada Ika?”
“Ibu
dah lama makan garam Ika. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan atau betinanya.
Cara dia memandang kamu penuh makna. Dan kamu setuju kalau ibu katakan bahawa
kamu juga menyukainya?”
Ibu,
tak pernah kalah. Apa yang dikatakan benar-benar membuatkan Dayang Atikah
terpana. Dia mencari akal untuk mengenakan ibunya kembali.
“Ibu
dah lama makan garam, sebab itulah ibu kena penyakit darah tinggi…”
Puan
Khadijah tertawa dengan jawapan Dayang Atikah. Dia tahu bahawa anak itu cuba
menyembunyikan gelodak di hatinya.
“Ikutlah
kata hati Ika seandainya itu yang akan membuatkan Ika bahagia. Ibu akan tetap
bersama-sama Ika untuk memberi sokongan.” Kata ibu penuh makna sambil mengucup
dahinya sebelum meninggalkannya seorang diri di meja.
Mindanya
mengenang kembali apa yang telah terjadi sepanjang perkenalannya dengan Amjad.
Pada mulanya dia memang tidak suka dan menyampah dengan lelaki itu tapi
perlahan-lahan ada perasaan yang lain muncul setelah dia mengetahui apa yang
sebenarnya. Dia mula mengingati lelaki itu… Mula ada perasaan rindu padanya dan
mula ada perasaan sayang bercambah terhadap lelaki anak jati Pulau Indah itu.
Dayang
Atikah malu padanya dirinya sendiri. Betul kata ibu, dia memang menyukai Amjad
dalam diam. Teringat kembali sewaktu di Hospital Seremban. Amjad ternyata
terlalu cool dalam apa jua keadaan
dan dapat menyesuikan diri dengan sesiapa sahaja. Dialah yang menguruskan
segalanya sehingga mayat arwah ayah selamat dikebumikan di Kota Tinggi. Dan
sebelum balik sempat juga dia mengucapkan takziah kepada ibunya. Apa yang lebih
membuatkan Dayang Atikah merasa terharu adalah apabila Amjad memintanya agar
sabar dengan ujian Tuhan dan menerimanya dengan tenang. Kenapakah dia tidak
menyedari kesemua itu dahulu? Ketulusan, keikhlasan dan kejujuran yang Amjad
tunjukkan padanya… Ternyata lelaki itu bukanlah seperti yang disangka ketika
awal mereka berjumpa dulu.
Apa
yang pasti dia akan meminta maaf di atas salah sangkanya selama ini terhadap
lelaki itu. Dia juga ingin menghulurkan semula tali persahabatan yang baru,
berlandaskan kepercayaan dan kasih sayang, bukannya kebencian. Namun dia
sangsi, sudikah Amjad menerimanya kembali?
“Kan
ibu dah cakap, Ika memang sukakan Amjad…” Jeritan ibu dari balkoni rumah
memutuskan segala putaran kenangannya…
Aku kembali ke daerahmu, bersama tekad bari dihati agar
hidup lebih berseri dan bererti…
Belum
puas rasanya melepak di rumah, Dayang Atikah harus kembali ke sekolah kerana
tanggungjawab yang menantinya. Sehari lagi sekolah akan dibuka namun dia
sengaja balik awal ke Pulau Indah untuk membuat persiapan dan mengemaskinikan
segala fail-failnya bagi menghadapi penggal baru. Sampai di Klang, kenangan lalu
mengusik mindanya. Banyak yang telah berlaku dan kini dia kembali dengan azam
baru untuk menghadapi hidup ini dengan positif dan yang paling penting dia akan
memulakan perhubungan yang baru dengan Amjad. Akan diminta maaf daripada lelaki
itu. Dia sudah sedar silapnya. Biarkan Cikgu Sudin yang syok sendiri!
Charlotta
mengambilnya di Stesen Bas Klang. Riuh rendah bunyinya dalam kereta setelah dua
sahabat itu berjumpa. Banyak cerita yang ingin dikongsi bersama tentunya.
Sebelum balik ke rumah, terlebih dahulu mereka ke Pelabuhan untuk menjamu
selera di gerai yang selalu dikunjungi.
“Lama
tak nampak cikgu? Baru balik bercuti ke?” Abang Mat, pelayan gerai ramah menyapa.
“Kenapa,
abang rindu ke?” Dayang Atikah membalas nakal.
“Rindu
jugak tapi abang takut ada orang marah nanti. Hm… nak makan apa hari ni?”
Dayang
Atikah tersentak seketika mendengarkan kata-kata Abang Mat yang tidak di
sangka-sangka itu.
“Rasanya
Abang Mat tak lupa lagi apa makanan favourite
saya dan Dayang.” Charlotta membalas pertanyaan Abang Mat bila dia lihat Dayang
Atikah sudah berubah wajah.
Suasana
dibiarkan sunyi. Hanya deru bayu laut mendesah kedengaran. Sudah lama dia tidak
menikmati suasana begini. Sudah lama kulitnya tidak di sapa mesra angin laut.
Sudah lama dia tidak melihat ombak yang berebut-rebut menuju ke pantai bagaikan
melepas kerinduan yang tidak pernah surut. Walau dalam apa jua keadaan,
setianya ombak kepada pantai tetap tidak berubah, sentiasa ada dan bersemarak.
Ini mengingatkan kerinduannya terhadap Amjad. Secara logiknya memang tidak
berasas, namun dia juga manusia biasa yang punyai naluri… untuk disayangi.
“Dayang,
kau ni tak habis-habis mengelamun.”
Sapaan
lembut Charlotta mengejutkannya.
“Banyak
yang telah berlaku Chem. Aku tak dapat bercuti dengan tenang.”
“Antaranya?
Aku ada di sini untuk mendengar.”
Dayang
Atikah memandang Charlotta dengan pandangan yang kosong. Dia melepaskan
keluhan.
“Aku
berazam untuk memulakan lembaran baru dalam hidup aku. Seperti penggal baru
yang akan kita hadapi, aku akan lebih tabah.”
Charlotta
memegang tangan Dayang Atikah untuk memberi kekuatan dan bersama-sama dalam
azamnya itu.
“Makanannya
cikgu.”
Abang
Mat kembali sekali lagi dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya,
membuatkan dua anak dara itu tidak pernah jemu untuk datang berkunjung ke situ.
Bulan berselindung di balik mentari, andai kau tahu debar
di hati…
Dayang
Atikah memandang dari jauh. Dia nampak Amjad sedang leka menulis tanpa
menghiraukan teman-teman yang sedang berbual-bual kosong. Waktu tengah hari
begini hendak membuat kerja pun terasa malas. Dia memberanikan diri untuk
menyapa. Bagi memulakan perhubungan yang baru.
Daripada
Laila, dia mendapat tahu bahawa hari ini adalah hari
jadi Amjad yang ke 25 tahun. Oleh itu dia mendapat alasan yang paling
sesuai untuk bertegur sapa. Semenjak penggal baru dibuka, hanya sepatah dua
sahaja yang mereka bualkan. Dayang Atikah tidak puas hati. Ternyata dia perlu
berbuat sesuatu.
“Selamat
hari jadi, Am.”
Ucapan
yang kedengaran perlahan itu menusuk ke telinga Amjad, mengganggu
konsentrasinya yang sedang menulis Rancangan Mengajar. Bunyinya macam suara
Dayang Atikah. Dia segera mendongakkan kepala. Betullah Dayang Atikah! Terasa
terubat rindunya.
“Terima
kasih. Mana Dayang tahu hari ni hari jadi saya?”
“Itu
perkara kecil Am. Kalau sudi petang ni Dayang belanja makan?”
Betul ke apa yang aku dengar ni?
Dayang ajak makan!
“Maaflah Dayang. Petang ni Am kena ke Sabak
Bernam. Bagaimana kalau malam ni Am jemput Dayang.”
Alangkah
kecewanya tapi sebagai guru pengiring pasukan bola sepak sekolah, dia harus ada
bersama.
Ala… lupa pulak petang ni dia ada
game.
“Menyusahkan
Am je.”
“Tak
ada masalah. Pukul 8.30 malam nanti Am datang.” Semangatnya tiba-tiba datang.
“Ok.
Jumpa nanti ya.”
Amjad
bagaikan tidak percaya. Matanya memandang Dayang Atikah yang kini duduk di
mejanya. Kenapa dia terima tanpa sebarang alasan? Apakah ada sesuatu di sebalik
persetujuannya? Amjad buntu.
Begitu
juga dengan Dayang Atikah. Bagaimana dia boleh bersetuju dengan mudahnya untuk
menerima pelawaan Amjad untuk mengambilnya malam nanti? Dia bukannya tahu
lelaki bagaimanakah Amjad tu. Bagaimana kalau dia cuba membuat sesuatu di luar
kesedaran. Manalah tahu kalau dia ingin membalas dendam terhadap apa yang telah
dilakukan sebelum ni?
Persoalan-persoalan
itu hanya berlegar-legar dalam kepalanya tanpa ada jawapan. Namun sesungguhnya,
Dayang Atikah memohon perlindungan dari Tuhan kerana dia tahu niatnya baik,
semata-mata untuk membaiki silaturrahim mereka yang sedikit renggang. Itulah
peluang yang dia ada untuk memulakannya…
“Chem,
malam ni aku tak dapat temankan kau makan sebab aku ada date dengan Amjad. Maaf ya!”
“Kau
nak keluar dengan Amjad? Dia datang ambil?” Soal Charlotta dengan nada suara
dan riak muka yang mengandungi jutaan rasa hairan.
Dayang
Atikah hanya mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan itu. Bibirnya
menguntumkan senyuman.
Charlotta
pelik dengan sikap Dayang Atikah. Kalau dulu jangankan kata hendak keluar, nak
sebut namanya pun menyampah. Tapi kini siap berjemput-jemput pulak nak keluar
bersama. Ini dah lebih…
“Ada
sesuatu yang kau tak cakapkan pada aku Dayang?”
“Sabarlah
dulu. Aku belum habis cakap ni. Petang tadi kan kau balik lewat. Kalau tak dari
tadi aku dah bagitahu kau.”
Charlotta
menarik kerusi ke arah Dayang Atikah yang sedang bersiap. Dia menumpukan
perhatian. Tidak sabar mahu mendengar apakah yang telah terjadi dia antara dua
insan ini. Adakah mereka telah jatuh cinta?
“Hari ni sebenarnya hari jadi Amjad. So aku nak belanja dia makan. Lagipun
aku nak minta maaf atas apa yang telah aku lakukan pada dia sebelum ni.
Cadangnya nak keluar petang tadi tapi dia ada game di Sabak Bernam.”
“Macam
mana kau boleh mengakui kesalahan kau?”
“Banyak
faktornya Chem. Cuti yang lalu banyak mengajar aku erti kehidupan. Ibu aku pun
banyak menasihatkan aku. Aku rasa tak
patut aku menghukum dia atas kesalahan yang tidak dia lakukan.”
“Baguslah
kalau macam tu. Aku pun tak dapat makan dengan kau malam ni.”
“Kau
nak keluar ke?”
“Ada
hal yang perlu aku bincangkan dengan Syameer.”
Syameer?
Kalau
tak silap, itu adalah guru kaunseling di SMK Pulau
Indah.Tanpa mengesyaki apa-apa, Dayang Atikah mengangguk-anggukkan kepalanya.
Dia
meneruskan persiapannya. Tudung hitam pemberian Kak Sari digandingkan dengan
jubah moden berseluar berwarna ungu. Menawan sekali. Charlotta memandang dari
dalam cermin. Siapa pun akan memandang dua kali. Hanya dengan mekap tipis,
Dayang pastinya mampu menawan hati sesiapa sahaja. Gadis itu begitu sempurna.
Sepuluh
minit kemudian, kedengaran hon kereta milik Amjad. Dayang tersenyum. Dia
mencapai bungkusan kecil dalam laci almarinya dan keluar mendapatkan Amjad.
Charlotta mengiringi langkah gementarnya…
Amjad
memandang tanpa kelip. Penampilan Dayang Atikah malam ni agak berlainan
daripada penampilannya sewaktu di sekolah. Matanya menikmati keindahan ciptaan
Tuhan yang begitu sempurna. Dadanya sedikit berdebar. Dia tidak tahu mengapa
kerana ini bukanlah pengalaman pertamanya.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.
Cantik Dayang malam ni.” Ikhlas dari hatinya.
Malu
Dayang Atikah mendengar Amjad memujinya. Pertama kali dalam hidup dia merasakan
begitu dihargai oleh insan yang bertentangan jantina dengannya.
“Dayang
biasa saja Am.” Balasnya untuk melegakan rasa gementar di hati.
“Kita
makan seafood nak?”
Dayang
Atikah mengangguk. Matanya yang memandang Amjad sebentar tadi membenarkan
kata-kata ibu suatu masa dulu. Ternyata dia kelihatan hansem dan kacak!
“Ini
untuk Am.” Dayang Atikah hulurkan kotak empat segi panjang yang berbalut kemas
kepada Amjad.
“Sempena
hari lahir Am dan juga sebagai tanda maaf Dayang kerana selama ni melayan Am
tidak seperti teman-teman yang lain.” Katanya menjelaskan lagi tujuan hadiah
itu. Dia tidak mahu Amjad salah sangka.
“Am
pasrah sebenarnya sebab Dayang berterusan membenci Am sedangkan Am tak tahu
apakah salah Am. Am dah lama maafkan Dayang.”
“Sebenarnya
Dayang tahu itu semua memang salah Dayang. Perpisahan arwah ayah dengan ibu
banyak mengubah persepsi Dayang terhadap lelaki. Namun Dayang rasa bersalah
kerana ada rahsia di sebalik perpisahan itu yang Dayang tak tahu. Kalau Dayang
tahu takkan jadi macam ni.”
“Jangan
salahkan keadaan Dayang. Ada hikmahnya mengapa Tuhan lakukan begini. Kita perlu
redha dengan Qada’ dan Qadar Allah. Baguslah kalau Dayang dah sedar.”
Amjad
menghulurkan tangannya ke arah Dayang Atikah.
Kawan!
Itulah
kata-kata yang takkan dilupakan pada malam ini, yang dilafazkan oleh Amjad dan
diakui oleh dirinya walapupun telapak tangannya terasa dingin bak salju ketika
jari jemari mereka saling bersentuhan…
Salam singah dipgi khmis kak...smga sihat slalu hndaknya...
ReplyDelete