Tuesday, June 26, 2012

Nasi Beriani Mudah

 
 
Haaa...jangan tak caya, dok sorang pun boleh aje makan nasi beriani walaupun x semewah yang kat kedai ataupun yang namanya beriani gam tu. Ehhhh... nasi beriani ayam ni beb. Wallawehhhh.. ^^ Ini lebih kepada resepi untuk orang bujang yang makan berseorangan macam cheq sue atau yang berdua macam nani di Bukit Garam nun. Sebenarnya ada banyak resepi nasi tumis camni tapi tahu ajelah bila nak makan seorang dua orang ni memang tak berbaloi nak buat dalam kuantiti yang banyak.
 
Kebetulan cheq sue terjumpa satu peket rencah nasi goreng beriani warung keluaran Maggi, tu yang terfikir nak masak camni. Berbaloi la jugak dapat 2 kali makan. Xde la kena pikir nak bagi ke sape2 ataupun buat lauk sampingan. Kira2 masak nasi tu terus aje boleh ngap, xde buat yang lain dah. Gitulah kalau dah campur perasaan malas sesikit ya tuan puan...
 
Jadi untuk perkongsian, cheq sue letaklah di sini sebagai panduan. Namun untuk yang ramai kerabatnya tu tak payah la tengok resepi ni, takut tak cukup. Harap2 dapat beri idea pada yang memerlukannya. Selamat mencuba. Wassalam...
 

NASI BERIANI MUDAH
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1 pot beras (sukatan periuk elektrik)
1 keping ayam - cheq sue guna bahagian atas paha - kerat 6
Rempah 3 beradik - kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang - dalam 1 je tiap bahan
1 peket rencah nasi beriani goreng warung MAGGI
Garam dan minyak secukupnya

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah 3 beradik hingga wangi
Kemudian masukkan ayam, masak hingga terbit air
Masukkan air ke paras mencukupi untuk menanak nasi
Masukkan pula rencah nasi beriani goreng dan garam. Kacau hingga rata dan biarkah mendidih seketika.
Selepas itu bolehlah dimasukkan beras yang telah dibersihkan dan tanaklah seperti biasa. Cheq sue tanak di dapur gas je.. :)

Stylish Thankyou

8 comments:

  1. asben dni suka benau masak nasi beriani... hehe.. diulangi.. dia masak sniri.. bagus kan :D

    ReplyDelete
  2. Rajinnya cheq sue ni..cuba tiup sikit semangat rajin tu kat umi sikit...

    ReplyDelete
  3. Salam cheqsue...datang bawak pinggan nk tapau nasi beriani tu :D

    ReplyDelete
  4. nampak myelerakan..leh cuba jgk..sbb kt umah tu pun x ramai org..:)

    ReplyDelete
  5. Rajin Cheq Sue masak nasi beriani... jarang dah sekarang ni nak jumpa rempah beriani maggie dalam paket tu, memang sedap tu Cheq Siue, cukup rasa!

    ReplyDelete
  6. MEmang mudah Cheq Sue yang mudah2 macam ni akak pun tingin nk buat sebab dpt save masa dan segala nya kan..

    ReplyDelete
  7. salam cik sue. saya masak ayam masak merah dan sedap!!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]