Thursday, June 21, 2012

Marble Cheese Cake



 
 
N3 tertangguh. Dibuat minggu lepas tapi tak berkesempatan nak update. Tengah2 sibuk dengan program Pandu Puteri tu teringin pulak nak makan cheese cake. Tak dapat cheese cake betul pun dapat yang ada cheese-cheese pun dah ok. Belek2 buku resepi terjumpa resepi ni. Dulu dah pernah buat tapi bukan versi marble. Kek ni memang sedap dengan gandingan kek coklat dan cheese. Pahit2 kek coklat dengan masin2 cheese tu memang ibarat irama dan lagu.

Cuma masa buat ni adunan kek coklat agak pekat manakala adunan cheese agak cair. Bila nak dilayer abes semua adunan cheese bergerak ke tepi. Tu yang nampak tak berapa nak ada marble kat dalamnya. Apapun memang layan abes kek ni... cuma kat bahagian atasnya tu agak basah sebab cheq sue tak keluarkan dari oven. Loyangnya tu cheq sue balut dengan aluminium foil, jadi wapnya turun pada kek. Dah tak larat nak bangun dari katil...penat..

Pada yang teringin nak rasa tu boleh la buat. Tak susah pun sebenarnya . Rasa pun sedap. Cuba tau, jangan tak cuba. Wassalam...





MARBLE CHEESE CAKE
Resepi : kaknita@MyR

Bahan-bahan ( 9 cm )

Bahan A
185g butter
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3 biji telur (gred A)

Bahan B
250 gm cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan fresh milk /susu cair
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
Cairkan butter ,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk
Pukul gula dgn adunan 1 ,mskkan telur satu persatu.Kemudian masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder
Dalam bekas lain pukul cream cheese dgn gula,masukkan telur ,esen vanilla diikuti dgn susu cair sampai sebati.
Tuangkan adunan koko berselang seli dgn adunan cheese
Bakar dgn suhu 180'c selama 40 min


Stylish Thankyou

9 comments:

  1. sedapnye! dalam fridge ada seketul je lagi cream cheese. tak tahu nak buat ape.

    ReplyDelete
  2. Cheq sue..salam rindu...mieza pun bz sgt..tu yg blog mieza sunyi sepi..sedap sekali nampak kek ni..mieza ni mmg pecinta kek..bukan pecinta wanita hahahah...kalau tgk kawan2 tayang kek je mesti mesti mieza teruja nak mencuba..

    ReplyDelete
  3. eeemmmm, mmg nmpk cedap kek tu, dah abis ke belum? kalau xde org nk perabis, pos la kat sini sikit, xbaik mkn srg2....ihihihhii

    ReplyDelete
  4. Salam Cheq Sue..kita pun nak jgk.. yana klu bt cheese kek mst x laku sgt..husben xmkn cream cheese.. kita je lah kna abis kan hihii

    ReplyDelete
  5. Dlm sibok2 sempat jg mengekek, cikgu yg rajin ni cheq sue...

    ReplyDelete
  6. Nak sepotong kalau ada lagi...

    ReplyDelete
  7. hmmm...nmpk sedap betul keju kat atas kek tu...

    ReplyDelete
  8. salam cheq su, rajinnye cheq su memasak ye.. hasil pun cantik2, leka tengok...cam nk tumpang sekaki jer..hehe..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]