Sunday, December 1, 2013

C@AC 9 : Puding Karamel Krim Keju


Balik dari kerja petang tu Aloyah singgah di kedai runcit Kwong Fatt di mana satu-satunya kedai di Cameron Highlands yang ada menjual bahan-bahan untuk membuat kek terutamanya whip cream yang selalu digunakan. Dia ingin membeli cream cheese. Bada ada menghantar sms kepadanya tadi memaklumkan malam nanti surau di perumahan mereka akan mengadakan ceramah agama dan meminta kalangan kaum perempuan untuk menyumbangkan kudapan.
‘Kau pergi tak ke surau malam ni?’
‘Aku cuti, macam mana nak pergi. Lagi pun aku kena pergi ke sekolah, Kak Jun nak siapkan hiasan pertandingan.’
‘Bada?’
‘Aku rasa dia pun off jugak. Kenapa?’
‘Malam ni ada ceramah agama kat surau. Dia sms tadi. Siapa pulak yang nak bawak puding ni kalau semuanya off.’
‘Kau kirimkan aje dengan Mus, dia kan selalu pergi.’
‘Nanti dia tahu pulak kita takleh sembahyang.’
‘Ala, pandai-pandai la kau cakap apa-apa.’
Aloyah bergegas melihat puding di dalam oven. Dah berbunyi maksudnya dah masak la tu. Puding ni agak istimewa dan berlainan dari puding karamel biasa kerana ianya mengandungi krim keju. Kalau puding biasa Aloyah tak berapa suka, mungkin kerana kandungan telurnya yang agak banyak. Puding ni pulak untuk satu adunan hanya menggunakan sebiji telur kuning. Cara nak membuatnya pun lebih kurang sama juga tetapi dibakar sedikit berbeza dengan menggunakan cara water bath atau bain-marie. Kaedah water bath ni biasanya digunakan untuk pembuatan puding atau kek yang menggunakan keju untuk mengelakkan haba terus pada adunan. Ianya membolehkan adunan masak sekata dan tidak mudah hangit. Selain menyiapkan 2 adunan puding tu untuk di bawa ke surau, Aloyah turut meletakkannya di dalam bekas kecil-kecil untuk di makan di rumah.
Jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang. Aloyah menunggu di sebelah pagar untuk diberikan kepada Mustaza. Dia sudah menghantar sms kepada lelaki itu tadi. Mustaza seorang lelaki yang tak kisah dan mudah jika nak minta pertolongan. Kalau sesetengah orang mungkin agak segan nak bawa bekas kudapan ke surau tetapi dia tidak kisah.
‘Nah, nanti kau tolong bawak ke surau eh.’
‘Apa benda ni?’
‘Aku buat puding aje. Bada bagitahu tadi Makcik Peah suruh sediakan makan-makan untuk majlis malam ni.’
‘Korang tak pergi ke?’
‘Aku dah janji nak teman Fiza ke sekolah. Dia nak siapkan kerja.’
‘Mmmm patutlah Mail dengan Abang Leman tak dapat pergi jugak, tinggal aku dengan bos aje.’
‘Sebelum kau pergi tu, letak dalam peti sejuk dulu tau, baru sedap nak makan.’
‘Tester tak ada ke?’
‘Hish, kau test la dekat surau nanti.’
‘Aku masuk dulu eh. Tadi tengah masak meggi.’


Berjiran dengan budak-budak lelaki menuntut mereka menjaga kelakuan. Sekalipun sama setempat kerja, namun Aloyah dan Mustaza tak pernah mengambil kesempatan. Syafiza, Badariah, Abang Leman dan Mail walaupun berkerja satu sekolah, tetapi cukuplah perhubungan mesra setakat itu sahaja. Mereka hanya bercakap-cakap jika ada hal penting saja. Tak pernah sekalipun sesiapa di antara mereka yang melepasi pagar rumah sebelah menyebelah. Aloyah cukup beringat dengan pesanan emak dan ayahnya.
Masuk ke dalam rumah, budak berdua tu sedang menjamu puding karamel krim kejunya. Eh belumpun aku pelawa jumpa pulak diorang cari dalam peti sejuk.
‘Amboi, tokey belum rasa lagi korang dah ngap dulu ya? Bertuah punya pudak.’
‘Errr sorilah Loyah. Aku tak tahu, Fiza yang ambil.’
‘Puding apa ni Loyah? Macam lain je dari puding biasa. Kau belum pernah buat lagi puding camni kan?’
Eh tahu-tahu aje dia. Mana mungkin tak sedap apa-apa jua yang menggunakan cream cheese. Kosnya pun lebih mahal jadi tentunya rasa tak boleh di sangkal lagi.
‘Memang la lain sikit kak oi, puding ni ada cream cheese kat dalam.’
‘Napa tak ajak aku buat tadi? Boleh aku belajar.’
‘Nak ajak camana kalau kau dah asyik dengan facebook tu, tak ada nak memandang benda lain dah.’
‘Malam ni kau dengan Kak Jun aje ke?’
‘Aku dah ajak Mail tadi untuk temankan kitorang. Suami Kak Jun ke Bentong, tak dapat datang.’
‘Bada, kau perasan tak kawan kita ni semenjak tiga menjak ni memang baik betul dengan jiran kita tu kan...’
‘Aku selalu je nampak diorang kat kantin sama-sama. Sekarang ni dah tak ajak aku minum, dah ada teman la katakan...’
‘Ish korang ni, jangan nak memandai pulak ya. Aku kan kawan dengan semua orang.’
‘Fiza, Mail tu baik tau, untuk kalau kau dapat dia. Apa lagi, ushar lah.’
Fiza menjojolkan matanya ke arah Aloyah. Dia tak percaya Aloyah yang berkata begitu. Bada pulak sedang tertawa mengekek. Nanti, nanti, korang dah doakan aku sangat ya. Kang aku dah betul-betul bercinta dengan mat Kelate tu baru korang ternganga!

Ø  Loyah, aku lupa bw puding kau ke surau

o   Lorrr...

Ø  Dok sembang2 dgn bos td lgsg aku x igt

o   Dh nk buat cane, korg mkn aje lh

Ø  Mmg dh kn mkn pun, aku blk td tgk Mail dh mkn, ni aku tgh mkn dgn bos

o   Kau x mkn apa2 ke kt surau td

Ø  Aku mkn, bos kau ni yg x mkn, dia tgk aje. Air pun x minum. Cerewet nya manusia

o   Ish x baik kau

Ø  Puding ni byk plk dia mkn. Kebulur agaknya

o   Kau tgk la siapa buat, aku dh hembus ayat pengasih kt dlm tu

Ø  Pengasih konon, kau jgn, kang aku yg kena nnti

o   J x kuasa. Nnti hntr blk bekas aku tu.

Ø  Esk kerja jgn lupa pki tracksuit, ada senamrobik pkl 8

o   Senamrobik apa pulak?

Ø  Entah, semua jab kena

o   Ye lh

‘Sedap ke bos puding Loyah ni?’
‘Kau tanya aku ni yang kau makan tu tak ada rasa apa ke?’
Mustaza dan Ahmad Fareez sedang melepak di depan tv. Hampir separuh juga puding Aloyah dimakan oleh Fareez. Walaupun di rumah, Mustaza senang memanggil Ahmad Fareez ‘bos’. Senang katanya.
‘Rasa biasa je. Bukan apa bos, kalau nak banding yang bos makan dengan saya makan, banyak bezanya tu.’
‘Kau dah kenyang melantak kat surau tadi memang la kau makan sikit.’
Mustaza tersenyum. Makan free takkan nak tolak. Ahmad Fareez memang terkenal dengan kecerewetan terhadap makanan. Kalau di rumah, mama memang dah maklum apa kesukaan dan apa kepantangannya. Selain dari masakan mama, hanya ada sesetengah kedai yang dia boleh makan. Malah kadang-kadang Kartina sediakan makanan untuknya, dia tak mahu. Tak boleh telan. Air pun begitu juga. Kalau tidak kopi atau air milo, hanya serbuk coklat segera Cadburry yang boleh diminum. Dia pun tidak tahu dari mana dia mewarisi kecerewetan itu. Adiknya pula makan semuanya, tolak kayu, batu dan yang haram saja.
Yang dipeliknya lagi, setakat ini dia tidak pernah menolak apa yang Aloyah masak. Apa jua yang disediakan pembantunya itu, dia akan makan tanpa alasan. Tetapi dia akan tahu kalau masakan itu dibuat atau dibeli. Dia dapat membezakannya.
Ahmad Fareez meninggalkan Mustaza di depan tv. Dia ke bilik. Mahu menelefon Kartina. Sejak kebelakangan ini masanya amat terbatas untuk berbicara dengan kekasih hati. Kadang-kadang bersms pun tak sempat. Bila dia free, Kartina pulak ada kerja. Hampir tiga bulan juga tidak bersua muka, rindunya dia...
Sekali, panggilannya tidak bersambut.
Sekali lagi, panggilannya dibiar sehingga disambung ke peti suara.
Sekali lagi, Ahmad Fareez terus sabar menanti.
Ok, dah cukuplah 3 kali.

Ø  U tak habis kerja lagi ke? Nanti call me back ok syg..

Takkanlah sibuk benar si Tina ni. Selalunya telefon tak lekang dari genggaman. Takkan malam-malam pun dia OT? Ahmad Fareez perasan sudah kurang sms atau panggilan mesra dari gadis itu. Status FB pun sudah jarang diupdate. Dia ada terbaca yang Hotel Astana tempat Kartina berkerja sudah dinaik taraf ke lima bintang, barangkali itulah yang menambah kebiziannya…

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]