Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Antara n3 yang paling lama terperuk di dalam draf. Sejak laptop buat perangai, terus tak sempat nak copy resepi padahal gambar dah masukkan dulu. Kalau tengok gambar yang ada watermark, itu tandanya projek sebelom lappy masuk spital la tu...
Berkenaan dengan apam salju ni saya rasa tak perlu nak cerita panjang, kebanyakan dari kita samada blogger atau non blogger mesti dah pernah buat apam ni. Nak-nak bila ada lebihan nasi, mesti fikir nak buat apam ni. Dah la mudah, hasilnya pula tak sesekali mengecewakan.
Saya pulak kebetulan ada nasi lebih dalam secawan, jadi bolehlah buat setengah adunan. Itu pun dah dapat banyak sementelah saya hanya menggunakan acuan kuih lompang. Saya memang suka apam ni, makan dengan kelapa, telak banyak-banyak, mesti tak hengat punya...
Apam yang jadik ni pulak macam malu-malu miawww aje, nak senyum ke tak nak senyum sama banyak, cuma merekah sikit-sikit je di bahagian atas. Masa baru masak, tak sempat tunggu sejuk terus saya keluarkan dari acuan, nampak cacat sikitlah.
Berkenaan resepi pula, saya sebenarnya tak tahu milik siapa, tetapi saya mengambilnya dari blog Kak Yatie, harap dihalalkanlah sekiranya saya tak sebutkan namanya di sini...
APAM SALJU
Sumber : Kak Yatie
Bahan-bahannya.
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air
sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke
dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung
beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm
bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan
kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15
minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan
sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
lama dah x buat apam ni...kadang buat x letak kelapa pun..sbb x de kelapanya...anak2 pun suka kuih ni..:)
ReplyDelete