Sunday, December 22, 2013

Al-Raudah, Tanah Rata

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sekarang kalau rasa nak makan nasi Arab takyah fikir nak turun Ipoh sebab di Tanah Rata pun dah ada kedai nasi Arab yang dibuka. Terletak di Marigold Square, bangunan baru berdekatan Pejabat Tanah. Baru tahun ni je bukaknya... saya pun baru try 2 kali.


Lot kedai terletak paling hujung. Boleh nampak dari jalan besar.


Antara menu yang ada. Specialnya dalam penyediaan nadi kabsah selain hidangan sampingan yang lain. Ada sesetengah menu tu macam simple sangat... buat sendiri di rumah pun boleh kot... ♥★


Ada juga bahan2 yang datang dari Mekah.. lupa nak tanya ada ke tak jual safron. Kot ada boleh gak beli sekilo... ewahhhh... propa sungguh.


Persekitan dalam kedai yang bersih walaupun tak besar mana. Ruangnya cukup selesa. Layan bila minum teh Arab dalam sejuk angin di CH.


Antara menu yang dimakan... shwarma ayam.. RM7.90. Rasa ok la... sedap sebab dihidang panas.


Main dish. Nasi kabsah kambing. RM 17.90 rasanya. Cukup kenyang untuk makan 2 orang. Dagingnya banyak dan lembut. Sambalnya tak pedas dan supnya ok lah...


Antara menu lain. Chicken kabsah tu sebab dah pernah buat jadi tak yah la makan kat kedai ye dak..


Chicken kabsah bungkus. RM12.90 kalau tak silap. Bila ayam dah bercampur dengan kuah sup...tak ras garingnya. Patut sup letak asing... nanti korang kalau ke Tanah Rata jemput la singgah sini...

2 comments:

  1. ada kawan saya yang bercuti di sana sekarang ni, nak advise dia untuk datang makan dekat sini la. terima kasih for the info ye :)

    ReplyDelete
  2. wah! kat sana pun dah ada nasi arab. tak yah pi jauh-jauh.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]