Saturday, December 14, 2013

Nasi Ayam Dataran Peladang, Guchil Kuala Krai

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ni hujan dah mula turun kembali. Sejak malam tadi hujan lebat sekejap perlahan sekejap. Harap2 tak berpanjanganlah...

Rasanya rindu sungguh dengan lappy saya... aishhh bila nak siap pun tak tahu. Rasa macam hilang sebelah tangan. Seksa sungguh nak update pakai tepon neh. Nak tekan keyboard pun kena hati2...hujung jari tak runcing mana kannn... nak tekan huruf a huruf s yang keluar. ♡♥♡♥ tak apalah... slow2 pun tak apa.


N3 JJCM arini saya nk kongsikan salah satu kedai makan peberet saya. Kalau balik kampung memang akan singgah pekena nasi ayam ayam di sini.  Cawangannya ada di Gua Musang dan pernah saya kongsi dulu. Saya sebenarnya nak ambil gambar depan kedai tapi masa singgah kebetulan hujan lebat jadi apa yang dapat sajalah.

Lokasinya adalah di Dataran Guchil iaitu selepas lampu isyarat Kuala Krai. Di sini juga Menjadi tempat orang naik bas ke KL. Kalau singgah ada dalam 4 / 5 kedai. Kedainya nombor 2 dengan kerusi kuning dengan trade mark makanan Thai gitulah. Selalu di sini mmg ramai orang.. boleh nampak dari luar.


Ada tv...kadang2 bukak chanel Thai...


Air...kadang2 sedap kadang2 tak berapa. Macam kali ni mintak milo kosong... tak sedap...milonya kurang...


Kepakaran utama. Nasi ayam. Pada saya nasinya sedap... pelengkapnya kena. Hanya hantar nasi, sup dan lauk. Kicap dan sambal lada dah ada di meja. Takyah nak basuh banyak sangat mangkuk kan....


Sup yang menjadi igauan. Tak tahulah apa bahan rahsia yang dimasukkan. Macam nak tanya je apa resepinya.

Ini yang dk makan haritu : nasi ayam 3, milo kosong 1, laici 1 dan air panas semuanya RM18 sahaja. Kalau korang ada lalu jslan ni... boleh la singgah.

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]