Friday, December 6, 2013

Pasar Pagi Brinchang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

10 tahun bukanlah masa yang singkat. Sejak saya mendaftar untuk posting pertama pada 2.1.2004, sehingga sekarang saya masih di sini. Terlalu banyak rasanya perubahan yang berlaku. Tambahan pula sekarang ini isu alam sekitar di CH masih hangat diperkatakan. Dengan pelbagai masalah yang mengganggu keselamatan, pastinya ia telah membuka mata banyak pihak berkaitan banyak perkara. Sebagai seorang yang 'menetap di sini' apa sangatlah yang boleh saya katakan. Saban masa saya berdoa janganlah ada kecelakaan yang melibatkan lebih banyak nyawa. Eh...membebel ke?

Tak lah... sebenarnya nak cite pasal pasar pagi ni je. Dah lama tak ke sini, jadi fikir2 elok jugak di ambil gambar sebagai kenang-kenangan...


Pasar pagi ni di adakan berdekatan Pasar Brinchang pada setiap hari. Kedai-kedainya tak la banyak seperti Pasar Pagi di Tanah Rata tetapi sudah cukup meriah dan memberikan apa yang mengunjung mahu.


Di mana-mana pasar pun, yang menjual makanan pastinya mendapat pulangan... Uncle ni tak tahu la masak menu apa, semua tulisan lam bahasa Cina.


Ini pulak macam kek beras goreng. Selalu nampak di Kg Raja


Yang jual makanan India pun ada. Tengah buat tosey agaknya.


Kuih-muih Melayu pun ada. Boleh tahan jugak. Lima ketui dua ringgit.


Tergoda betul nengok pisang ranum ni. Teringat kek pisang...


Nangka ni dari jauh dah dapat hidu baunya. Nangka madu dari Bidor


Tengok ubi keladi teringat pulak talam keladi. Aishh


Ubi bit merah. Tak tahulah orang masak apa dengan benda ni.


Jagung, tak tahulah ori dari CH ataupun dari Ipoh. Sekarang ni banyak peniaga yang ambil jagung dari Ipoh (bawah) kerana harganya lebih murah. Masa try di CH dibaginya jagung CH tapi bila jual sebenarnya jagung Ipoh. Jadi kalau kena yang rasanya lain dan tak manis, itu sebenarnya jagung Ipoh. Kalau nak harapkan jagung CH memang tak dapat memenuhi kehendak, tak boleh supply. Saya pernah terjumpa dengan seorang pemandu lori, masa tu beliau bawa jagung dari Ipoh ke CH. Setongkol tu baru RM0.60. Jadi fikir-fikirlah ya. Kalau datang CH, nak beli jagung, tengok dulu isi di dalamnya macam mana. ** Sekadar perkongsian..



Apalah pasar pagi tanpa sayur-sayuran. Yang ini dijual di luar pasar. Yang di dalam pasar pu ada, kebanyakannya peniaga Cina.


Yang jual ubat-ubat Cina pun ada. Kalau nak cari ginseng ke..bolehlah


Lupa bawak baju? Kat sini pun ada dengan pelbagai pilihan. Yang penting ada duit


Di ruangan pasar basah. Tergoda betul dengan kepala ikan merah tu, sekilo RM22, beli seketul buat kari memang tak habis, mmmmm tengok ajelah!


Di ruangan pasar basah ni tak ramai yang meniaga, ada yang Melayu, Cina dan India. Kalau nak beli kerang ke ada jual. Jangan risau, semuanya mesra-mesra belaka. Macam pak cik tempat ikan ni, agaknya dia tengok saya bawa kamera, terus dia tanya saya dari mana...

Jadi, kalau korang ada berkunjung ke CH, bolehlah cuci mata kat sini...

Note : payah jgk update pakai phone ni. Lappy rosak. Pagi ni saya nak balik kg... harap2 semua berjalan lancar. Tq pada yg sudi jenguk blog dan komen. Maaf tak dpt reply dan bw...  

3 comments:

  1. Brinchang belah mana cheq sue... akak kalau ke CH hanya ke Tanah Rata ajer... suka suana kg macam ni... kehidupan yg simple :)

    ReplyDelete
  2. selalu kalau saya gi CH saya mesti tidur kt brincang,hotel2nya pun hotel budget,ada wifi lagi,selesa jugak,pasar malam pun dekat,jln kaki je...pasar pagi pun belakang hotel aje...dekat pula dgn masjid,bomba...

    ReplyDelete
  3. salam che sue, boleh saya tau lokasi pasar pagi ni kat mana? dan masih ada lg ke pd tahun 2019? selalu kalo pegi CH, xtau nk cari lauk2 kat mana hehehe
    tq - NA

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]