Monday, December 23, 2013

Sardin Gulung Goreng



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini merupakan salah satu makanan kegemaran saya. Saya ingat kalau zaman sekolah dulu kuih ni la yang akan saya ambil dulu. Kebetulan masa budak2 KL ada baru ni, saya godeklah satu adunan. Memang dah nampak Nani buat ni dulu tapi tak menyempat nak cuba. Dah alang2 ada tukang makan kat kampug sedap sikit nak masaknya.

 
Oleh sebab tukang makannya adalag geng-geng bas sekolah, maka saya buat inti tu simple-simple je...hanya goreng sardin dengan bawang, tak ada cili bagai sebab taknak pedas. Cuma kalau tengok kejadiannya memang hancus...teruk benar penyakit kulit yang dihadapi sampai berbintil2 semuanya. Saya nak tergelak sendiri bila tengok. Tapi asalkan boleh ngap tak ada masalah.

Saya buat malam, goreng sekejap untuk simpan dalam peti ais dan goreng sepenuhnya pagi esok. Tak menyempat nak tunggu lama, memasing dok tunggu dengan mulut ternganga. Pakat-pakat lapar... Pada Nani, TQ. Lama tak online, bz dengan baby agaknya...



SARDIN GULUNG GORENG
Resepi : Nuwairani

Bahan pastry :
2 cawan tepung
2 sm marjerin sejuk
1/2 sk garam
1/2 cawan air sejuk

Cara :

Marjerin sejuk dipotong kecil2 kemudian dimasukkan ke dalam tepung dan garam.
Ramas2 marjerin sehingga menjadi serbuk roti.
Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh.
Simpan doh dlm fridge untuk seketika.

Bahan Inti :
1 tin sardin saiz sederhana -asingkan kuah dan ikan
2 ulas bawang putih -ditumbuk
3 ulas bawang merah -ditumbuk
1/2 biji bawang besar -dipotong
3 batang cili padi/merah -dipotong
1/2 biji limau nipis -diambil jusnya
garam dan gula secukup rasa
3 sb minyak canola utk menumis

Cara :
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan 3 sudu besar kuah sardin, bawang besar dan cili padi. Masak hingga layu.
Hancurkan isi ikan dan gaul bersama bahan tumis tadi. 
Masukkan air limau dan garam gula secukup rasa.
Agak2 air dah kering, boleh tutup api.
Canai doh mcm kita nk buat inti karipap tu. Letak inti sikit kemudian gulung rapat2. Jangan sampai terkeluar inti di hujungnya. Biar bertutup habis. Buat sampai habis, pastu boleh goreng sampai garing.
 

3 comments:

  1. 2 sm marjerin maknanya apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2sm tu maknanya SUDU MAKAN ataupun Sekolah Menengah entahlah....hehe

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]