Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Ingat lagi tak demam crepe satu masa dulu? Time tu semua berlumba-lumba nak buat crepe (especially durian crepe). Yang guna tepung gandum, 5 tepung malahan yang guna 7 tepung pun ada. Saya sempat gak meng'crepe' dua kali dek kerana susah nak mandapatkan durian segar di CH.
Kalau search di internet, ada banyak resepi yang boleh dicuba. Boleh guna air, santan atau susu segar. Dalam pencarian saya ada 3 resepi setakat ni. Nanti kalau ada masa boleh juga cuba resepi yang lain.
Sebenarnya tak plan pun nak buat crepe ni tapi kebetulan ada lebihan WC kek ombre tu sayang pulak kalau dibazirkan. Filling blueberry pun memang ada jadi on sajalah. Bila buat crepe ni tahu-tahu sajalah. Satu dua yang pertama tu kurang elok sikit jadinya. Saya sendiri pun masuk yang ketiga baru elok jadinya.
Saya teruja mencuba resepi ini kerana bahannya yang sedikit. Bukan kata yang lain tak nak cuba tapi sesetengah tepung tak ada di rumah. Kalau beli kang nak kena perabih pulak. Walaupun menggunakan gandum, crepenya tak mudah koyak.
Lama jugak cari dalam tenet sebelum jumpa resepi ni. Ada sayacopy di bawah untuk rujukan akan datang.
BLUEBERRY CREPE (RESEPI II)
Sumber : Air Tangan Cik Siti
Bahan2:
50g tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi saya ganti dengan tepung hong kong
2 sudu besar gula halus
1 biji telur - kacau
40 ml susu cair - saya guna susu full milk
160 ml air
3 sudu kecil mentega - dicairkan
1 sk esen vanilla - lain kali nak kena kurangkan atau tengok vanilla jenama apa.. :)
Pewarna ikut citarasa - saya guna kuning telur
Cara2:
Ayak tepung terlebih dahulu.
Masukkan gula halus, telur, susu dan air. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan mentega cair.
Kacau sebati dengan whisk atau boleh juga blender. Kemudian ditapis.
Panaskan non-stick pan (saya guna jenis yg leper). Untuk permulaan lenser dengan mentega dan tak perlu untuk crepe yang kedua dan seterusnya sebab dah ada butter dalam adunan.
Kecilkan api dan tuang satu senduk batter (adunan) ke atas pan. Tak perlu diterbalikkan. Masak 1 permukaan je.
Adunan ni agak cair dan agak sukar untuk saya membentukkan crepe menjadi bulat elok dengan menggoyang2kan pan. Jadi, bab ni kenalah ikut kepakaran masing2 ye... hihi!

Akak sudah tergoda cheq shue... soooo sweeeeetttt blueberry crepe tu :)
ReplyDeleteCANTIK N KEMASSS JE LIPATANNYA.. :)
ReplyDeleteakak pun tergoda dengan crepe ni yg kaler nya menawan kalbu macam nk try je macam sedap je..
ReplyDelete