Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Ini cerita hari kedua di Melaka. Oleh sebab trip Melaka ni lebih kepada trip menziarah, tak banyaklah tempat yang saya pergi. Lagipun dah selalu ke Melaka, dah banyak jugak tempat yang saya pergi. Kebetulan semasa di PD, ada lihat restoran asam pedas claypot tapi tak terasa nak makan. Bila dok cerita2 dengan Fadley (adik Mokja) dia ingin membawa kami makan ke satu restoran asam pedas claypot yang sangat popular. Lokasinya dekat2 bandar Melaka jugaklah.
Kalau cerita tentang asam pedas ni, bukanlah makanan pilihan saya tapi since orang nak belanja, saya cuba lah jugak. Dari rumahnya di pinggir Alor Gajah, agak lama jugak nak sampai ke tempat ni, dalam 45 minit berkereta.

Inilah tempatnya. Terletak di Taman Kota Laksamana (saya rasa). Masa ni tengah ada pasar malam, kerusi meja pun tak keluar habis lagi. Kalau tengok memang luas ruangannya. Ada di dalam restoran dan di luar. Kami memilih untuk makan diluar.
Selain kepakaran dalam masakan asam pedas claypot, di sini juga ada pilihan nasi goreng atau nasi ayam. Roti, burger dan roti john pun ada. Seiiring masa berlalu, begitu lah juga bertambahnya pengunjung ke sini.
Pandangan di sekitar restoran yang mula dipenuhi pelanggan. Asam pedas dan Melaka memang tak boleh dipisahkan... Melayu, Cina, India semuanya ada.
Saya perhatikan di setiap kedai makan ada jual otak-otak. Ianya dibekalkan oleh orang yang sama kerana rasanya sama seperti yang dimakan di Cheng. Yang ini saya suka...sedap. 10 ketul yang diletakkan di meja semuanya abes..
Inilah menu claypot yang diorder. Saya memilih ikan pari manakala Mok Ja memilih daging tetel. Dalam set tersebut disertakan sekali telur masin dan sayur kacang (sedap). Agak ok lah bagi yang tak suka asam pedas macam saya. Bila dah pedas, rasanya saya dah tak boleh rasa benda lain, hanya pedas tu sahaja... Bukan maksud saya masakan ni tak sedap, tapi memang saya tak berapa gemar masakan yang pedas-pedas ni... Maaf ya orang Melaka... *_*
Antara yang di makan pada malam tu : set nasi + asam pedas (pari dan daging tetel) 4, nasi ayam 3, air minuman dan otak-otak 10 = RM 65.70. Jadi, kalau korang ke Melaka, bolehlah cari restoran ni ya...
sedap nyer... org melaka mmg tak blh dipisahkan ngn asam pedas... tp ttp ada beza asam pds johor ngn melaka...
ReplyDelete