Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Bila asyik masak yang biasa je memang rasa boring. Di kampung, bila ada budak2 seronok sikit nak makan @ masak ayam. Kalau orang2 tua ni pilihan mereka tentunya ikan. Di rumah saya sendiri hanya adik bongsu yang suka makan ayam. Selalunya samada tomyam, gulai atau masak merah. Kalau bapa saya pula hanya makan bila dibakar atau dibuat percik.
Kebetulan masa anak buah ada di kampung, saya cubalah kari ayam Pakistan seperti yang saya nampak di blog Kak Amie. Memang dah tahu dah, kalau masak macam ni memang tak laku. Tambah-tambah pulak bila tak berkuah. Pada saya pula tak ada masalah, semuanya saya makan. Tetapi masa buat ni terlebih masukkan halia. Aik... mungkin halia tu tak sepadan dengan ayam yang saya guna, hanya 5 ketul sahaja.
Jadi esoknya saya oterlah semula, dan buat nasi goreng. Next time nak cuba lagilah, agak kurang puas hati dengan hasil kali ni...
Resepi : Ayam Masak Kari Pakistan

Sumber : Kak Maria Hakem
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa -
Amie tidak bubuh)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
saya tambah kentang
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang
hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga
sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili
serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan
tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis
bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata.
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan
mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati
ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering.
(sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun
ketumbar.
Boleh cuba lagi Cheq Sue kalau tak puas hati... kami sekeluarga suka lauk ni sebab tak muak, tak bubuh santan. Tq sudi cuba resepi dari Cardiff ni ye...
ReplyDelete