Saturday, December 21, 2013

Resepi Ikan Ketuka Bakar & Air Asam Garam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama sungguh tak makan ikan ketuka. Kalau di kampung biasanya panggil ike ttukko je... Kebetulan baru ni nampak kat tempat jual ikan jadi saya beli la 3 ekor dalam 500 gram. Sekilo RM7 boleh tahan jugak. Tapi xpelah, musim hujan ni mana nak ada ikan murah kan, aada ikan ni pun dah syukur.


Biasanya kalau beli ikan ni jarang masak lain... mesti nak bakar tawar dan cicah asam garam. Menunya ringkas tapi sangat menyelerakan.  Kalau nak goreng garam kunyit pun boleh jugak. Sedap kalau digoreng garing.

Untuk menyiang ikan ni pun mudah x seperti ikan lain. Cuma perlu dibelah dua dan keluarkan isi perutnya. Pastu bersihkan bawah air mengalir bahagian mulut dan insangnya untuk mengeluarkan lumpur atau pasir.


Resepi ringkas untuk menyediakan air asam garam. Bahannya tak la banyak... memang ringkas je. Untuk saya yang tak makan pedas, memadai dengan 2 biji cili. Itupun guna cili jenis tak pedas. Kalau tak..... paham2 sajalah!


Ini pulak rupe ikan ketuka yang telah siap. Dibakar eksklusif menggunakan arang tempurung. Oleh sebab saiznya kecil maka waktu membakarnya pun kejap je. Errrr... korang pernah jumpa ke ikan ni? Kalau pernah apa kata cuba masak cara saya ni. Resepinya ada di bawah...

IKAN KETUKA BAKAR & AIR ASAM GARAM
Resepi : Cheq Sue

3 ekor ikan ketuka - siang dan bersihkan
Bakar hingga masak ikut keperluan

Air asam :
1/2 biji limau nipis ambil air
Secubit belacan, garam
Sedikit daun kesum
2 biji cili - bergantung pedas
Sedikit air

Ramas kesemua bahan  kecuali air - agak2 hingga belacan dan garam hancur
masukkan air pada kadar sesuai



3 comments:

  1. Wah sedap menu tengahari cheq sue ni... meleleh air akak tengok ikan ketuka bakar ni... akak pun suka bakar ikan ni, hendaknya bakar bersambal... emmmm dappppnya ;)

    ReplyDelete
  2. waaa suka sgt makan ikan tuqo ni....selalu bulan posa jer la jumpa....huhuhuuh

    ReplyDelete
  3. salam cheq sue..

    telan-telan air liur saya tengok menu tu..hihik..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]