Wednesday, December 25, 2013

Ombre Rainbow Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kek ombre yang tak berapa nak ombre. Ha ha ha... Masa oven rosak, memang patah sebelah tangan bila aktiviti membaking tak dapat dibuat. Biasa seminggu sekali guna oven (paling tidak) ini saya hanya mampu memandangnya sahaja. Dek kerana nak menghabiskan stok WC sebelum balik baru ni, saya gagahlah jugak buat kek pelangi / rainbow tetapi secara kukus. Mmmmm kita yang buat dia kan!

Sebelum ni dah pernah buat rainbow cake tetapi hanya menggunakan putih telur. Kali ni saya buat menggunakan keseluruhan telur, malas pulak nak asing-asing, kang kena fikir nak buat apa lagi dengan telur yang lebih tu.


Serius! Walaupun kek ni dibuat secara kukus, teksturnya sangatlah lembut dan gebu. Tak kering macam versi bakar. Saya pun terkejut jugak dengan hasilnya. Semangat punya pasal, sampai 4 kali saya mengukus. Sejujurnya saya lebih sukakan rasa versi kukus ni jika dibandingkan dengan yang terdahulu. Cuma itulah, kalau dilihat pada potongan dalaman kek, memang tak jelas ombrenya. Rugi pulak bila tak sukat dulu pewarna. Semua main agak-agak sahaja. Untuk yang bawah tu saya campur sedikit dengan pewarna serbuk. Untuk cubaan pertama...kira ok la ye dak?

Saya bawa balik kek ni ke kampung. Agak risau jugak kalau WCnya cair. Jadi saya masukkan dalam cold bag dan Alhamdulillah bentuknya terjaga sehinggalah sampai di rumah. Kebetulan pulak masa balik tu anak-anak buah KL pun ada. Kebetulan jugak Ayuni menyambut hari jadinya yang ke 11, jadi kira kek besday dialah.... Canteeek!

Untuk deco, saya buat ringkas saja. Hanya jalakan filling blueberry di atasnya. Di dalamnya juga saya lapiskan sedikit dengan filling tersebut. Memang sedap.

To Rahel, tq kerana kongsikan resepi yang owesome ni... Saya copy di bawah untuk rujukan akan datang,


RAINBOW CAKE/KEK PELANGI
Sumber : Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria & Rahel

Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}saya guna tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila
pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:
Griskan acuan bulat 6. Lapiskan dengan kertas serap minyak.
Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila.Gaul hingga rata.
Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C. saya kukus
Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.
 

... SELAMAT HARI KRISMAS ...

3 comments:

  1. Cantiknya kek, macam yang kat kedai. Memang hasil kerjatangan pro.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kek, macam yang kat kedai. Memang hasil kerjatangan pro.

    ReplyDelete
  3. Waaa...sweetnya kaler merah... nyum2x

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]