Thursday, January 5, 2012

Kek Istimewa, Di Hari Istimewa, Untuk Yang Istimewa...


 
 
Masih dalam mood tahun baru? Owhh tidak, segalanya sudah berlalu dengan pelbagai tugasan yang perlu dilaksana. Tapi masih ada satu post yang tertinggal dek kesibukan. Sepatutnya dipost pada 2 Januari, tapi ada masalah yang tak dapat dielak.  Bersempena dengan tahun baru, sekali juga dengan ulangtahun kelahiran Cik Mok Ja a.k.a kembar siam cheq sue. Memang seronok, every year time besday 1 Malaysia pun bercuti.
As usual, time2 camni la nak test resepi baru. Nak beli kek untuk makan-makan memang jangan haraplah. Jadi bersempena dengan itu, cheq sue cuba buat kek pelangi, walaupun x cukup 7 warna. Mula2 memang agak keliru dengan kandungan bahan2nya sebab hanya putih telur yang digunakan. Tapi bila skodeng kat rumah2 yang dah buat, memang tak guna telur kuning rupanya kek ni. cuma bila buat dalam masa yang singkat dan tergesa-gesa, memang tak dapat hasil yang memuaskan la. Tang membakar tu amik masa sikit la, sebab hanya satu loyang digunakan. Lemah semangat jugak wehh...





 
Ramai yang dah cuba buat kek ni. Ada jugak versi cup cake. Bagi cheq sue yang 1st time ni, memang kelakar jugak. Satu adunan tu dapat bakar 6 loyang, cuma lagi cantik hasilnya tu kalau guna loyang yang lebih besar. Yang cheq sue guna ni tak pasti pulak saiz berapa, tapi bila ditindankan kek tu dan diletak dengan aising, udah berupa macam menara pulak. Itupun lapisan aising tak berapa tebal, kalau tebal entah berapa pulak tingginya. Kali ni hanya gunakan baki whip cream dulu, hasilnya x berapa nak jadi sebab dia xmo mengental, agaknya sebab dah asyik kuar masuk peti je kot. Tapi xde la cair sampai meleleh gitu. Untuk makan2 kira okaylah. Budak2 memang suka kek ni rupanya. Asyik berulang amik, tukang yang sambut besday dapat sesuap aje. Nasib baik sempat snap gambar sekeping... :)

Kalau korang ada kelapangan tu sila2 la mencuba kek ni, senang aje pun. InsyaAllah tak menyesal. Trimas pada yang berkongsi resepi yang sedap sangat ni. Wassalam...
 





RAINBOW CAKE @ KEK PELANGI
Resepi : Whisk Kid
Sumber : Juwitafariz

Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4 ~sama~
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Cara-cara
  1. Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter
  2. Panaskan oven pada suhu 170C
  3. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
  4. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
  5. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  6. Masukkan esen vanila
  7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
 Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
  1. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
  2. Masukkan dalam loyang
  3. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
  4. Bila dah masak letak atas redaiTunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  5. Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
*Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

13 comments:

  1. cheq sue...sbb malas nk bakar kek tu la, Liza decide kukus jer kek pelangi tu....ekekekeeke

    ReplyDelete
  2. rajinnye cheq sue..byk tingkat tu..mesti sedap ni..:)

    ReplyDelete
  3. mak aih..tingginya kek..potong kena pakai pedang ni..

    ReplyDelete
  4. Emmmm...my fav kek...pelangi2 indah..nyum2...yummyyyy,...:)

    ReplyDelete
  5. Cheq sue,kagum sy.mmg tinggi kek tu, sy pulak lom sampai seru lg nih..;p

    ReplyDelete
  6. alaa.. kat sini pun ada kek pelangi jugak. amik resepi nak simpan. nanti nak buat jugak la besday sapa2. kanak2 la suke sebab warne warni kan

    ReplyDelete
  7. maklong lama teringin kek ni..
    tapi belum sampai seru nak buat..
    CS punya kek ni cantik..!!

    ReplyDelete
  8. wah! tingginya kek! tapi cantik... meriah dengan warna pelanginya tu!

    ReplyDelete
  9. Liza > cheq sue lak kalau kukus tu yang x berapa rajin, nak kenabasuh la ape la haishhhh....

    Gie > memang gie, kek ni memang sedap, tak puas makan rasanya

    Pen Biru > he he he...xde la sampai nak guna pedang... cuma kena hati2 la takut runtuh

    Kak Cek > kak cek tu memang, tokey rainbow kek ni, jeles nengok akak buat tu tau...ni pun x jadi2 lagi

    Kamalia > nak buat camana kamalia, 1st time buat, ingatkan dah okay...

    Izah > hah, boleh la cuba tu nanti jah...jangan simpan aje, mesti bais suka

    Maklong > seb baik ada yang nak sambut besday maklong, lama nak cuba kek ni kalau buat saja2 macam malas...

    Kak Amie > he he he, silap haribulan tu kak amie, nasib baik tak runtuh

    ReplyDelete
  10. sue pun dah buat kekni...kita tak tau lagi bila nak cuba....geram tengok warna2 tu...hehehe

    ReplyDelete
  11. Assalam sue, mmg rajin lah buat kek ni, akk bercinta sangat bab nak bakar tu, loyang satu je, mmg tak tercuba lah, heheh kena cari loyang sama saiz 2 biji baru boleh cuba, best mok ja ada kwn sebaik n serajin sue ni, happy belated besday ya

    ReplyDelete
  12. Q > kalau buat ni x lama pun Q, cuma kena tunggu datang anginnya baru semangat nak buat

    Kak Rosa > kalau ada 2 3 loyang lagi senang kak, tapi sebab sekali bakar tu tak banyak kan, kira ok ajelah

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum cheq sue cayang...
    wah!!! cantiiiknya kek tu cheq sue... nampak sedap..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]