 
 Dalam resepi ni, ada dimasukkan sekali cara2 untuk membuat inti kelapa. So kalau nak cuba bolehlah ikut resepi tu. Seelok-eloknya jangan tebalkan sangat kulit kuih ni sebab nanti xnak goreng lama. Kalau ada kesempatan tu sila-sila la cuba. Tq pada tuan resepi yang sudi berkongsi. Wassalam..
KUIH BOM
Resepi : Noreen@MyR 
Bahan-bahan ( 10-11 biji )
50-60gm bijan 
Minyak utk mengoreng 
Bahan-bahan doh: 
200-240gm tepung pulut 
1 sudu makan tepung gandum 
1 sudu teh air kapur 
190-200ml air 
Sedikit garam 
Bahan-bahan inti kelapa: 
60g gula melaka/gula merah 
20g gula pasir 
50ml air 
1/2 biji kelapa parut 
Cara-cara 
Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut. Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering 
Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam 
Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh 
Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit 
Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula 
Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat 
Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan 
Dan siap untuk dimakan 
Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah: 
1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam. 
2. Minyak jgn terlalu panas. 
3. Jgn menggoreng terlalu lama. 
4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.   

boleh cuba..tapi saya lebih suka inti kacang hijau!!
ReplyDeletesaya masih failed buat kuih bom ni..waktu goreng mesti meletup..he he..
ReplyDeletewah..sedapnyee..nak buat takut tak jadi..huhu
ReplyDeletesedap
ReplyDeletekak..
ReplyDeletesy panggil woh gomok..
hehehe
salam cheq sue...liza lbh suka inti kacang merah, tp dah lama xbuat kuih bom ni....rasa nk mkn la pulak....hiihihi
ReplyDeleteassalamualaikum cik sue..
ReplyDeleteslamat melangkah ke tahun baru dengan lebih bersemangat dan segar gitu ek. lama dh tak makan kuih bom. nak buat inti tu..haishh..kalau dpt kelapa sedang inti sedapkan. kelapa kat sini tua2 blaka. hmm sedap la kuih bom
kuih bom fav hubby akak dan anak2.. mmg dah lama x buat sndri.. asyik2 beli jer memanjang.. hehehe.. nak buatnya tu mmg akak kureng ckit sbb perna dulu buat masih x tau cara n petuanya... kena bom oleh kuih nie.. hahhahaa.. smpi skg x perna buat lg.. :D
ReplyDelete