TEPUNG APAM @ APAM BAKAR
Resepi : Pn Maimunah Bt Deraman (Emak Saudara)
Bahan A ~ sebatikan dalam mangkuk besar
1 peket tepung beras (kecil)
1 st yis (mauripan)
Bahan B ~ didihkan guna api kecil dan sejukkan
3 cawan air
2 keping nisse saiz besar (kalau nak manis boleh lebihkan)
1 st garam
Bahan C ~ lenyek bersama
2 keping tapai ubi kayu
2 – 3 biji pisang kapas (kalau kecik lebihkan sedikit)
Bahan D ~ tumbuk lumat
1 cubit lada hitam
3 biji bawang merah
2 batang serai (sederhana)
1 cm halia
Bahan E ~ untuk membakar
Sedikit minyak masak
10 helai daun pandan – ikat
Bahan F ~ Pelengkap hidangan
½ biji kelapa parut – ambil yang putih sahaja, gaul dengan garam. Sekiranya adunan kurang manis, masukkan juga sedikit gula halus.
Cara-cara :
Masukkan bahan B, C dan D ke dalam mangkuk bahan A, kacau hingga sebati dan tidak berketul (saya guna hand wisk)
Perap selama 2-4 jam (kalau terlalu lama adunan menjadi masam)
Panaskan kuali menggunakan api kecil. Lenserkan sedikit minyak menggunakan daun pandan, tuangkan 1 senduk adunan dan tutup kuali.
Bila sudah masak, balikkan apam, sekiranya agak melekat, lenserkan sedikit minyak sekali lagi. Buat sehingga habis. Dapat dalam 15 – 20 keping.
Hidangkan bersama kelapa parut dan air kopi….
Cheq sue dah lama kak ros mengidam nak makan tepung apam ni.Melehleh air liur.Isyaallah nak cuba buat ni.
ReplyDelete@Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot
ReplyDeletesekarang kalau nak beli payah jugak nak dapat kak ros...time2 ada kelapangan tu boleh la cuba
nape tiba2 ada "hensemnya Rosyam Nor tu kan." hehe.. terkonpius kejap tun baca ;p
ReplyDeletetun suka makan apam camnih.. biasa beli kt pasar. tp kat ganu lain sket resepi kot, rupa sama je, tp rasa2nya xde pisang.
@tun_telani
ReplyDeletebiasa la Tun, peminat la katakan... apam ni kalau dekat trg mungkin lain pesen sikit kot..
tak penah makan la kak..meibi kat pahang takde heheh
ReplyDeletesalam cheq sue...liza pun suka ni..mmg dh lama teringin nk buat sndiri, tp xtau....thnx utk resepi ni yer cheq sue, nnt sng2 nk try buat la...tp dia mmg kena guna tapai ubi ngan pisang yer...
ReplyDeleteAssalam sue, ini betul tepung apam ori klate, sebab mmg rsa ada pedas manis n masam2 sikit, terasa kat tekak ni sedapnya sue. yang akk cuba buat tu letak lada hitam n tapai je
ReplyDelete