Bila ada angin meroti, rasa tiap2 hari nak buat dan makan roti. Ramai yang untung bila cheq sue buat roti ni, kita makan 2 3 ketul aje, selebihnya jadi rezeki kawan2. Kebetulan ada belen daging ayam burger lagi 2 keping, tu yang cuba roti ni. Memang dah lama pun dok dalam list, masuk lain tahun baru cuba!
Memang meletops la roti ni, bila digoreng, lembut di dalam dan rangup pulak diluarnya. Tambah2 dengan salutan breadcrumbs tu, adeeehh, rasa macam roti sosej yang selalu cheq sue beli di TESCO. Resepi ni cheq sue dapat dari blog Jintan Manis, memang banyak koleksi resepi roti kat sana, search aje.
300 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
3 sudu besar marjerin atau shortening
1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
160 ml susu segar@air suam cheq sue guna air suam
2sudu kecil yis ( ros guna jenama instant yis jenama mauripan)
( nak masukkan sedikit bread softner atau bread improver pun boleh, ros tak masukkan sebab dah masukkan telur, telur juga sebagai agen pelembut bagi doh)
Untuk inti
3/4 cawan daging cincang
2 biji kentang (potong dadu)
1/4 biji carrot (potong dadu)
1 1/2 sudu besar serbuk kari jepun (leh ganti ngan serbuk kari daging biasa)
( masak seperti kita membuat inti karipap tu, tumis serbuk kari hingga naik bau, kemudian masjukkan daging cincang, kentang dan carrot, masak sehingga semuanya empuk, sesuaikan rasa dan sejukkan sebelum digunakan.)
Untuk salutan
1 biji telur ( dipukul sedikit)
1 1/2 cawan breadcrumbs@serbuk roti
( serbuk roti ni ros buat sendiri, roti putih biasa tu, ros bakar sampai perang, guna toaster, lepas tu ros blender hancur)
Cara-caranya
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan bahan salutan, ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan inti dan bahan salutan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
4.selepas doh diperap, uli doh sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka, ros suke comel-comel jadinya ros buat 20 bahagian kecil. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian leperkan doh sedikit dan boleh disikan dengan inti kari daging tadi. ros bentukkan lonjong sedikit.
5. Alas dulang dengan baking sheet, kemudian celupkan doh yang siap disikan inti tadi didalam telur dan salut dengan breadcrumbs, atur atas dulang, ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan doh naik dua kali ganda dan baru digoreng hingga perang. Toskan minyak yang berlebihan dan sedia untuk dihidangkan, amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.
- Peringatan, kena letak kertas minyak tau bawah doh yang siap disalut breadcrumbs, supaya doh yang kembang tidak melekat dan senang diangkat untuk proses gorengan nanti.
sue..kita pun suka roti goreng2 cam gini...bila letak breadcrums tu rasa lagi sedap roti nya..:)
ReplyDeleteSalam ziarah n kenal, cantek je karepan inti pon terletak elok kat tgh..
ReplyDeletekarepan peberet family kite slalu jugek buat..aah betol mula2 buat kite pon sama terbuka kelimnya bile kembang, skrg ok sikit..ejas betol2..
sedapnyer la tun nengoknyer.. baru nk cuba2 kurangkan makanan bergoreng, dh tergoda pulak.
ReplyDeletesedapnye nampak kare pan tu..terliur terus..:D
ReplyDeletesedapnyer..gebu sungguh roti..yg ni lom cuba lagi
ReplyDeleteAssalam cheq sue mmg nmpak sedap sungguh,dulu pernah nmpak kak izah wat n mmg tergoda juga,nnti time angin rajin meroti,nk jugalah wat,mmg nmpk pon gebu jer..
ReplyDeletefuhhhh..mmg best la roti ni, Liza blm prnh try lagi ni, rasa2 kalau letak inti kacang merah pun best jugak kot...
ReplyDeletenak jadi kawan cheqsue jugaklah! boleh makan roti free pasni. hehhe
ReplyDeletenmpk sedap jerr..nnt nk try jgk lah.. suka klu roti goreng ltk breadcrumbs..waahhh..nikmatnya terasa gigitan pertama tuu hihiii
ReplyDeleteSedapnya ....:)
ReplyDelete