Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Hari ini 16 Mei... hari penghargaan dan ingatan buat semua guru di Malaysia. Selamat Hari Guru juga untuk diri sendiri. Alhamdulillah tahun ni tak adalah stress sangat. Anak-anak di tingkatan 4 setakat ni masih dibawah kawalan lagi. Harapnya ini akan berkekalan hingga ke hujung tahun 2014. Bertabahlah...
Terus pada n3 ringkas. Kebetulan nak habiskan stok nenas dalam tin, tak tahu nak buat apa, bila tengok lobak merah pun dah nak bertukar warna... terus saja fikir nak buat jus. Seingat saya belum lagi ada jus segini dikongsikan dalam blog.
Cantik warnanya. Oren lobak merah sedikit pudar bila digandingkan dengan nenas. Agaknya nenas dalam tin berapa masam, jadi rasa lobak merah tak berapa ketara. Cuma saya maniskan jus ni dengan air lebihan nenas dalam tin, pastu tambah pulak gula pasir jadi hasil akhirnya agak manis. Tambah pula masa buat tu saya puasa, jadi tak dapat nak try.
Untuk next time boleh kurangkan gula sikit. Tak pun lebihkan air. Kalau siapa nak tahu macam mana rasanya, silalah buat sendiri. Nenas dalam tin tu boleh je ganti dengan nenas segar. Saya dah cuba, anda bila lagi???
JUS NENAS LOBAK MERAH
Resepi : Cheq Sue
1/2 cawan nenas kiub
1/2 cawan lobak merah cincang
1/2 cawan sirap nenas (dari dalam tin)
1 cawan air masak
2 sudu makan gula
Cara membuatnya :
Blend semua sehingga halus
Tapi jika suka
Jika tidak boleh terus hidangkan bersama sedikit ais (saya tak guna ais)
segarnya minum jus pagi2 ni kan cheq sue..apapun, SELAMAT HARI GURU..
ReplyDeleteSelamt hari guru..terima kasih atas segalanya
ReplyDeleteSelamat Hari Guru Cheq Sue.
ReplyDeleteBelum pernah cuba buat jus karot ngn nenas. Sedap tu bunyinya minum sejuk2.Papepun SELAMAT HARI GURU CHEQ SUE...
ReplyDeleteselamat hari guru, cheq sue. semoga terus istiqamah dalam menabur bakti...
ReplyDelete=)
selamat hari guru jugak ye..
ReplyDeletebnyak dpat hadiah?
selamat hari guru..hopelah kebaikan meraka kekal ya he..he.. lawanya bekas air jus tu :)
ReplyDeleteSelamat hari guru cheq sue :-)
ReplyDeleteJus nenas carrot? X pernah minum