Thursday, May 8, 2014

Daging Masak Kicap

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila beli ikan, hari-hari kena makan ikan.
Begitu jugak bila beli ayam, hari-hari kena masak ayam.
Ni saya beli daging, memang jenuh nak masak dan makan hari-hari.

Letih jugak nak fikir nak masak apa. ^_^

Tahu sajalah bila masak untuk seorang, kadang2 kita dah bajet sikit je sekali masak, bila dah siap mak aiii banyak le pulok. Daripada nak makan sekali habis, kena makan sampai dua kali. Saboooo ajelah! Biasa kalau saya masak sikit ni, main campak2 aje. Kalau kata kena tumis, saya renehkan. Sesuaikan dengan masa dan apa yang kita ada.

Seperti juga daging masak kicap ni, mungkin cara saya tak sama dengan cara orang lain. Saya main lebur je semuanya dalam minyak..pastu baru masukkan daging dan masak hingga empuk. Asal boleh makan, tak keras tak liat, jalan....

Di bawah ni saya kongsikan cara membuatnya...


DAGING MASAK KICAP
Resepi : Cheq Sue

Daging lembu - hiris nipis

Bawang besar - mayang
Halia - mayang
Cili merah - mayang
Daun bawang - potong memanjang

Ubi kentang - potong dadu
Kicap, sos tiram
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
Sedikit bancuhan air tepung jagung
Garam, gula

Cara membuatnya
- panaskan minyak
- tumiskan bawang besar, halia, cili merah,dan daun bawang
- setelah agak garing masukkan ubi kentang dan daging
- campurkan sedikit air untuk kuah dan untuk empukkan daging
- bila daging empuk dan air sudah berkurangan masukkan sos tiram dan kicap
- perasakan dengan garam dan gula
- pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung
* jika nak kuah lebih, sila lebihkan air

2 comments:

  1. Salam cheq sue.. kat bintulu ni kan, xde jual fresh meat halal. teruk kan? kalau beli daging kene beli kat supermarket, yg import dr NZ and Australia. jd beli la, stir-fry cut fillet ke, steak ke.. biasa beli sb tir-fry cut. sepeket utk sekali masak je. xpenah membazir sbb mahal n sikit. hihi

    ReplyDelete
  2. salam Cheqsue...rumah k.atie dah lama daging tak 'naik'.Biasa aikan jer..ayam pon rasa jemu.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]