Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Saya tak ingat dah bila saya jatuh cinta dengan sambal hitam masakan istimewa negeri Pahang ni. Berkali-kali juga saya buat sendiri, kadang2 rasanya sedap kadang2 tidak, biasalah kan udah kita pun bukannya tahu buat. Kalau saya ke Benta, konfim suruh mak buat. Haiiii tiba2 rindu nak makan masakan mak, nampak la sangat dah lama tak balik.
Masa ke mesyuarat di Sepang, saya awal2 dah request dengan Kak Nida untuk masakkan sambal hitam ni. Dia asal dari Kuala Lipis, tentunya yang dibuat lebih umphhh berbanding saya. Seperti yang diduga, memang sedap sambal hitamnya. Dua tiga hari jugak saya dok makan, ambil sikit2 takut cepat habis. Bila dah habis, saya cuba buat sendiri dengan menggunakan belimbing buluh yang telah siap direbus, juga diberi oleh Kak Nida. Tapi sayang, yang saya buat tu tak menjadi, rasanya tak lepas piawaian...
Jadi, saya whatsapp beliau, minta resepi, nak yang sama macam dia buat untuk saya. Alhamdulillah, dengan berpandukan resepi ori dari Lipis, gambar di bawah inilah buktinya. Saya buat ni masa mek dan cek datang, tak nyempat nak gambar berprop bagai sebab segan, ini pun curik2 ambil gambar dalam bilik. He he he.. Sambal ni saya bawa ke KL, rupa2nya habis jugak mek saya makan sebab dia tak makan ayam. Esok lusa nak kena buat lagi ni. dah habis dah. Nanti2 kalau ada masa nak g beli belimbing buluh siap rebus pulak. Hmmmm, TQ Kak Nida!
SAMBAL HITAM
Resepi : Kak Nida
Tumbuk cili dan belimbing, takyah letak garam dah
masuk bawang dan ikan bilis - tumbuk separuh lumat @ lumat (bergantung citarasa)
masuk kuali goreng api kecil, minyak jangan banyak sangat
kalau nak gelap boleh letak kicap sikit
** kuantiti bahan-bahan tak diberi
Saya agak-agak sajalah :
Ikan bilis 1 genggam - saya guna ikan bilis nasi / ikan bilis halus
Cili 2 biji - nak pedas bubuh la lebih ya..
Belimbing besi 2 sudu
Salam cheq sue.. tun pernah makan, tp xberapa kene ngan selera. tp hubby tun makan mcm ok je.. biasa la, selera masing2.
ReplyDeleteAkak pun dah buat stok kat rumah sambal hitam pahang ni cheq sue..
ReplyDeleteWah... Sedap
ReplyDeleteCheq sue, Jm tgh cari resipi sambal bilis kering ni konon buat bekalan semasa travel so nk try resipi sambal hitam ni cuma nk tahu guna cili padi ke cili kering yek
ReplyDeletepandainyer
ReplyDelete