Monday, May 26, 2014

Tomyam Susu Cair

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Terlebih dulu nak ucap terima kasih banyak2 pada yang datang berkunjung ke CTS. Sejak kebelakangan ni jumlah hit sehari melebihi 1000. 1000 pun dah nak bising? Kamonnnn guys, 1000 tu angka yang besar tau buat saya. Walaupun tak ada sebarang n3 tapi masih ada yang sudi menjenguk. Itu merupakan pencapaian yang sangat membanggakan. Iyalah, blog yang berkongsi macam2 ni nampaknya dapat memberi manfaat pada semua. Kamsahamnida.....

Jom tengok n3 hari ni pulak ya.

Bajet mewah la ni gamaknya sampai buat tomyam guna susu cair.. Bila ingat2 rasa nak gelak sendiri.

Bukan apa ya tuan puan, sebenarnya ada sedikit lebihan susu cair yang saya buat kek, dok tersadai dua tiga hari dalam esbok, jadi fikir2 nak buat tomyam, apa salahnya campur sekali, dah tak payah buat puding ke apa kan. Walaupun perut saya ni tak berapa tahan dengan susu cair, tapi saya buat jugak dengan 4 ketul ayam.


Rasanya sudah pastilah berbeza. Dan memang ada beza. Payah jugak saya nak ceritakan bagaimana. Nak kata gulai perisa tomyam pun ada cuma tak la pekat. Eh...senang kata korang cuba la try sendirik nanti. Cuma dek ketidaktahanan perut saya dengan susu cair, dua ketul je dapat habis, dua yang lain tu saya ejas semula jadi ayam masak merah. Terer tak? Sebenarnya apa2 masakan pun yang guna susu cair... memang saya alah sikit


Bila belek2 resepi... entah mana pulak saya kongsikan. Pelik jugak boleh kata seminggu sekali buat tomyam, takkan tak pernah kongsi kan? Apapun saya rasa tak perlulah nak tulis semula resepi, cuma tambahkan sahaja susu cair semasa buat tomyam tu... Boleh?

6 comments:

  1. ala2 mcm tomyam kung yek nih... sbb penah gk mkn tomyam yg bagi susu..... tp akibatnyer dana cirit birit esok nyer... tomyam kung sampai skrg dana fobia nk mkn

    ReplyDelete
  2. saya pernah tgk program masakan yg menunjukkanmasaka tom yam campur susu cair tapi blm pernah cuba ... masalahnya bila ada susu cair , tak teringat nak membuatnya ... hehehee

    ReplyDelete
  3. nampak sedap juga tu cheq sue..guna susu cair sihat la sikit kan banding guna santan..hehe..

    ReplyDelete
  4. Kdg2 masak kari pon guna susu cair gak....

    ReplyDelete
  5. X pernah lg buat tomyam campur susu cair tp pernah mkn kat kedai mmg sedap. Alaaaa baru nk cari resipi cara cheq sue nyer omyam coz Jm biasa guna perencah segera tu tp kurang umpp x berapa sedap

    ReplyDelete
  6. dapat hirup tomyam pnas time hujan cani mmg sedapp..terliur pulak tgk tomyam susu cair nii^__^

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]