Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Alhamdulillah selamat sampai di CH semalam. Perjalanan dengan sedikit kesukaran, melalui jalan yang banyak rosak dan berlubang, serta jalan Gua Musang Lojing yang dilalui sebelah sahaja di laluan yang terputus. Melihat kesan bencana banjir sepanjang Machang - Kuala Krai - Manik Urai - Gua Musang, hati memang luluh sangat, memang menangis dalam kereta. Semoga mangsa2 ini tabah menghadapi segala dugaan dan dilindungi Allah sentiasa.
Jadi saya sambung n3 tertangguh 2014. Destinasi
pertama The Frozen Trip adalah ke Pulau Nami.
Harus diingat ya yang saya ni guna pakej, jadi ikut sajalah itinerary yang
disediakan. Jadi kalau nak kongsi maklumat atau cara nak gi sana tu minta maaf
la di luar kemampuan saya. Pastu untuk trip kali ni jugak saya tak bawa
teropong saya, jadi hanya gambar nan hado saja la saya kongsi, yang hanya
menggunakan telefon serta kamera compact biasa. *Noted ya agak tak puas hati di
situ.
Kata Andy,
dari airport ke Pulau Nami ambil masa dalam 2 jam. Dia pun tak cakap banyak
lagi sebab faham kami semua masih penat. Saya pun ambil kesempatan paksa diri
lelapkan mata. Dalam kesejukan tu akhirnya dapat la tidur sepicing dua.
Sampai di
sana, terus saja masuk dan naik feri. Subhanallah memang sangat sejuk dengan
angin bertiup. Jadi trip kali ni memang banyak la gambar dengan muka
berbungkus. Tak tahan sejuk rupanya!
Pengunjung
toksah cerita lah. Pulau buatan untuk penggambaran drama WINTER SONATA satu
ketika dulu menjadi destinasi wajib untuk dikunjungi jika ke Seoul. Tak kira
musim diorang ni kan, kat mana2 pun penuh dengan manusia. Nak jejak kaki pun
payah, nak bergambar dengan orang tak ada memang payah sikit la. Dekat sini
saya banyak gambar syok sendiri aje, guna monopod dan snap suka hati. Memang
menyesal tak bawa kamera tapi takpe, kata nak repeat kan. Layan ajelah gambar sekeping
dua ni...
Panorama
Pulau Nami waktu musim sejuk / winter memang tak berapa nak lawa sebab semua
pokok togel aje, paling tidak kaler kecoklatan sebab dedaun semua dah kering.
Tapi tak apalah lawa ke tak lawa, yang penting dah sampai dan dapat pula
berfeeling ala2 Winter Sonata walaupun seorang diri. Nanti ada rezeki kita
kongsi pulak panorama di sini dengan warna dedaun merah kuning tu...
Nampak sangat
kan... betapa tidak bermayanya kawasan ni dengan batang pokok aje yang tinggal.
Ada unsur2 jeles bila mengenangkan kengkawan yang gi sana masa autum baru2 ni.
Cakkkk...
heroin tanpa hero di sisi!
saya cukup
tak suka nak bergambar dengan pakaian 2 3 lapis ni, menambahkan gemuk pada saya
yang sedia gemuk ni. Tapi kalau tak bergambar tak ada bukti pulak nanti...
Agaknya scene cenggini memang wajib di Pulau Nami kan...
Pusing2...
tapi tak tahu nak ambil gambar apa. Yang sebenarnya kepala belum set lagi.
Kalau kata keluar flight rehat2 dulu sat baru jalan2 baru ok sikit. Bila buat benda tergesa2 ni mula la emosi pun mudah nak sentap. Jadi taknak layan perasaan tu sangat, saya buat2 rilek aje. Dekat Nami
ni saya berjalan2 kosong... jiwa tak ada, belum sampai 100% lagi.
Jumpa tasik
separuh beku, sambil terpegun sekejap sebab ikan di dalamnya masih boleh
berenang2 ke tepian. He he he... kalau saya la dah kejung agaknya.
Dalam 2 jam
pusing2 di sini, kami gerak untuk ke destinasi kedua pula. Memang tak puas hati
la nak cerita lelebih kan... dengan keadaan nak sesuaikan dengan cuaca sejuk
ekstrem bagi badan yang sokmo kena matahari ni... memang amik masa sikit. Senang cerita lagi... memang tak puas hati dok kat sini. kalau boleh nak lama lagi... nak matahari... nak pemandangan yang cantik... haishhhhhhhhh!!!!!!!!!!!
Bila masuk
feri je, terus carik heater sebab memang dah hampir beku!! Ke destinasi kedua
pula...
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
saya puas bergambar kat sini...tempat yang indah..
ReplyDeleteabe MKL..bila nk up entri korea tu :-)
Deletecepat2 update...tak sabar nak baca ni..
Deletecantiknya pulau nami tu kan cheq sue..agaknya ikan tu memang dah biasa hidup dalam air yang hampir frozen..kalau wana agaknya dah lama beku sebab x tahan sejuk tapi nak juga jalan ke sana..heheh..
ReplyDeletememang cantik wana walaupun tanpa daun... *-*
Deleteitu la saya terkagum sekejap tengok ikan tu, memang tahan betul dia dalam air sejuk beku
Musim autum yg cantik tu Cheq Sue... masa ni salji tak turun lagi ke cheq shue ?
ReplyDeleteHa ah Kak Yati. Musim autumn memang cantik. Nampak gaya memang kena pi pulak la tu... he he he
Deletemmg frozen arghh....pokok2 pun dah togel..time JM g autumn pun sejuk inikan pulak winter...grrrrr...boleh terasa sejuknya tuh
ReplyDeleteJM... memang tak menahan trip musim sejuk ni... jeles sesangat tengok trip autumn JM tu -_-
Deletecantiknyaa..bilalah daku dpt pegi sana :-)
ReplyDeleteMemang cantik Yana... In Sha Allah kalau ada rezeki Yana pun boleh jejak Korea
Deleteposing2 sambil tggu pakwe korea datang ek? hehe
ReplyDeletebila lah nak pg sini....huhu
He he he... ayat tak menahan tu CV
Delete