Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Saya sebenarnya agak susah nak mencari @ membeli baju t-shirt. Salah satunya sebab saiz lah dan yang lain2 tu saya tak tahu nak beli kat mana. Sebab itulah saya banyak t-shirt pendek dan dipakai dengan inner. Dok di CH memang tak ada masalah, kalau turun bawah atau balik kampung memang sedikit berasap la jawabnya.
Apabila mengenakan t-shirt lengan pedek, penampilan saya biasanya tidak rasmi dan agak susah sebenarnya nak menggayakannya apabila nak keluar rumah ataupun ke Ipoh misalnya. Jadi saya riki2 dekat internet mencari baju muslimah @ t-shirt labuh yang lebih sesuai digayakan pada umur saya sekarang serta lebih menunjukkan gaya yang sedikit rasmi bila saya nak ke sesuatu tempat. Lagi satu bila ada baju muslimah ni, kurang dapatlah bergaya sedikit dan pada masa yang sama mengenakan busana yang menutup aurat selengkapnya.
Riki punya riki, saya terjumpa satu laman web yang menjual baju muslimah dengan harga yang agak berpatutan, iaitu www.tshirtmuslimah.com (Humaira Design). Humaira Design ni ada di dua tempat sebenarnya, satu di Tanjung Malim, Perak dan satu lagi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (www.humairadesign.com). Yang saya beli ni dari Tanjung Malim. Jadi saya promote yang di Tanjung Malim tu je lah ya. Ini sekadar perkongsian je tau, takde bayaran ke hapa, kot2 la ada yang sedang cari t-shirt muslimah bolehlah try tengok kat sini.
Di Humaira Design ni ada banyak jenis t-shirt jugak. Ada baju untuk breastfeeding dan juga untuk kanak2. Semua baju2 ni labuh menutup punggung. Warnyanya juga menarik dengan corak yang sesuai, memang feminin la dengan corak bunga2 dan abstrak. Yang garis2 pun ada. Saya memang pantang baju garis2 ni. Rasa macam nak beli je semua. Selain tu ada jugak baju GAZA untuk lelaki dan perempuan.
Koleksi Bahiyaa
Koleksi Safaa
Bagi setiap design, ada disediakan ukuran badan yang mana ia memudahkan kita untuk pilih saiz yang sesuai. Bolehlah ukur supaya bajunya tak terketat atau terlebih besar. Dan Alhamdulillah baju yang saya beli tu sangat2 selesa, kainnya juga berkualiti. Saya beli dua helai, nak try la dulu macam mana kan, kalau kata tak sedap kira padan dua helai tu je lah. Kalau kata ok boleh la order lagi. Dan seperti yang saya dah bagitahu, memang bajunya menepati kehendak saya dan lepas ni In Sha Allah boleh order koleksi yang lain pula. Korang kalau ada masa bolehlah tengok2 cuci mata kat Humaira Design ya...
Pemprosesan dan penghantaran agak cepat, respon yang segera dan saya sebagai pengguna sangat2 berpuas hati. TQ Humaira Design kerana melengkapkan gaya muslimah saya....
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
sangat cantik baju2 tu
ReplyDeleteMemang cantik2 baju kat sini Ann... cuba la tengok ^_^
Deletecantik2 jga baju2 di humaira design tu kan cheq sue
ReplyDeletePada mata saya dah cantik wana...
Delete