Saturday, December 17, 2011

Yam Pla Meuk


 
 
Selamat tengah hari semua. Terima kasih pada teman2 yang memberi pandangan tentang kisah  Apa Lelaki Mahu. Maaf jugak x dapat nak respon sebab asyik loading aje. Tenet pun dah jadi lemau bila hujan ni. Nasib baik tuan tanah tetap mantain dengan n3 baru... He he he...

Apa menu lunch harini? Cheq sue dah siap satu. Tu kat bawah tu, kerabu sotong. Tengah dok sebatikan dengan bahan perasa. Ada satu lagi yang nak kena buat atas permintaan. Tadi ke pasar pagi, rasa macam nak borong aje semua. Banyak sayur2 kampung, kalau dapat sayur putih makan dengan ikan kering adehhhh masyukkkk....


 
Dah lama teringin nak buat kerabu sotong ni, bila sebut kerabu aje menjejer-jejer air liur. Yang dah makan pun boleh rasa lapar. Kat rumah ni jarang2 buat kerabu camni, selalu mesti ada kelapa goreng dan santan. Sesekali kerabu macam ni mesti membuka selera. Kalau agak2 korang xde idea nak buat apa tu cuba-cuba la kerabu ni ya... Memang meletop abes...
 
YAM PLA MEUK @ KERABU SOTONG
Sumber : Kak Wan @ Citarasawan

Bahan-bahan
1 kg sotong di kelar dan di rebus ~ cheq sue hiris bulat dan celur dalam air panas

Bahan Tumbuk
2 ulas bawang putih di tumbuk halus
5 tangkai cili padi di tumbuk halus
Bahan Hiris
2 labu bawang besar di hiris nipis
3 batang serai di hiris halus
2 biji tomato di hiris
2 hiris halia
sepotong nenas di cincang

3 tangkai daun pudina ~ cheq sue guna daun ketumar dan daun bawang

Sedikit bunga kantan
5 biji cili padi di hiris

Bahan Perasa
2 biji limau nipis di ambil airnya
4 sudu besar sos ikan
1/2  sudu besar gula + 1/2 kpg nissan & sedikit garam



Bahan lain :
Segenggam tauge ~ dicelur sebentar dalam air panas
 

Cara :  
Sebatikan bahan perasa dan gaul dengan bahan2 yang dihiris nipis.
Masukkan sotong dan tauge. Kacau hingga mesra. Selepas beberapa ketika boleh rasa masam, masin dan manisnya.  
Siap di hidangkan.

4 comments:

  1. Sawadikap Cheq Sue ^__^.. suka sgt kerabu sotong tp lepas mkn siap sedia lah garu mata garu idung..silap2 kna selsema..Yana alergic melampau dgn sotong serta kwn2nyaa hehee

    ReplyDelete
  2. ratah2 je sedap ni...semangkuk besar pun boleh habis!

    ReplyDelete
  3. salam cheq sue...bestnya ada kerabu sotong, mkn nasi dgn kerabu sotong ni pun dah cukup...

    ReplyDelete
  4. aduh. kak sue, terliur dah tengok ni

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]