Sunday, December 4, 2011

Telur Masak Kicap Lada Hitam

 
 
Sekarang ni tengah menghitung hari nak balik ke kampung halaman... Dah kering rasanya bersendirian di sini. Tah betah lagi nak bersenang2. Di tubir mata sudah terbayang ikan-ikan darat yang enak digulai... Musim2 hujan enak pekena ubi rebus, tidak pun ikan pekasam yang menusuk hidung. Aishhhhh xleh jadi nih... 
Lauk telur ni cheq sue masak lunch semalam. Bukan kata kering duit nak beli ayam ke lauk2 lain, tapi x keluar ke mana-mana, nak ke pasar malas, bila sorang2 ni nak gerak pun terbatas.Ekor kita dah sedap dok di kampung. Tengoklah nanti kena pi cari lauk jugak. Kalau hari2 pekena telur aje xleh...xleh...



 
Telur ni cheq sue masak sebiji aje, kira2 sekali habis. Bahan2 tu pulak cheq sue kurangkan jugak, biar seimbang dengan telurnya. Maklumlah, telur ni bukan peberet mana pun, sekadar nak jadi lauk, telan jugak. Selalu kalau masak kicap, memang cheq sue suka letak ubi kentang. Lada hitam pulak x terfikir pulak cheq sue nak masukkan sekali. Rupa2nya bila dah tambah lada hitam ni memang lagi sedap. Pasni boleh la try selalu.... Kalau korang ketandusan idea tu bolehlah cuba lauk ni. Gerenti x menyesal. Wassalam...
TELUR MASAK KICAP LADA HITAM
Resepi: Kak Ummi @ HSH
Sumber : Tun Telani

Bahan-bahan:-
3 biji telor
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 cm halia - dihiris halus btg mancis
1/4 sudu kecil lada hitam kisar
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
3 - 4 sudu besar kicap pekat ABC kita guna kicap kipas udang aje
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 - 2 sudu besar kicap masin
1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang - xde, tun letak cili merah n cili padi letak cili hijau
1/2 biji lada benggala merah - hiris memanjang - xde jugak
1 biji tomato - dibelah 6 xde stok
sedikit garam (jka perlu)
sedikit air
minyak utk menumis
 
Cara-Cara:-
Goreng dulu telor sebiji-sebiji berasingan (telor mata). Ketepikan.
Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.
Masak hingga mendidih dan masukkan telor yang digoreng tadi.
Masukkan lada benggala dan diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (lada benggala n tomato jgn dibiar layu sangat)
Tutup api dan hidangkan.
 

6 comments:

  1. morning cheq sue! tun pun tgh kira hari nk balik kampung ^^
    tun tenung2 tgk lauk tu.. xnampak telur.. hihi.. duk focus kt yg panjang2 tu pikir apa mende tu. ketang goreng ye?

    ReplyDelete
  2. semoga selamat perjalanan cheq sue balik kekampung..

    ReplyDelete
  3. salam Cheq Sue..yana pun mcm tun duk cari mana ler telur tu bersembunyi hihii..nnt nk try jgk lah..sesekali layan msk telur mcm ni ok jgk ;=)

    ReplyDelete
  4. siannya cheq sue..dah rindu nak blk kg..ye la mieza pun pernah merasa dok sesorang..rasa sunyi sgt..kalau mcm tu kan mieza akan on fb dan bersembang dgn kawan fb sampai lewat malam baru tido..kalau siang hari lak dan rasa bosan mieza akan kuar window shopping sesorang...sambil tgk gelaat org ramai..tp kat cameron mana sgt lah nak shopping kan..sian cheq sue...semoga cepat la tiba hari utk cheq sue balik kg...dan makan ubi rebus dan kopi o panas..perggghhhh sedapnye!

    ReplyDelete
  5. slm singah dan knjung bls sue...mksih ye sdi jnguk dpur kita yg xsbrapa tuu..lauk sue ni nga nsi pnas2 dh ckupp..nk sdpp lgi ada ikan msin skit yee..jdi dh tuu..

    ReplyDelete
  6. akhirnya nanti sampailah masa yang ditunggu untuk merasa gulai ikan darat di kg.... kita tak seronok kalau dok sorang2, keranna tak suka kesunyian.... telur kicap lada hitam tu sedap makan dgn nasi panas ye cheq sue

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]